Kemelut Puteri Sarah dan Ira Kazar semakin genting, isteri kepada pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof bertindak mengeluarkan saman dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan ugutan yang diterimanya daripada anak kepada pelakon veteran, Kazar.
Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan oleh Puteri Sarah hari ini menyebabkan mahkamah memerintah Ira Kazar untuk berhenti melakukan gangguan kepadanya di mana-mana platform termasuk media sosial.
“Tujuan mengapa saya lakukan semua ini adalah untuk maruah saya yang sudah lama tercalar dan selama ini saya diamkan.
Sebenarnya perkara ini tidak akan berlarutan sebegini sekiranya saya tidak diganggu pihak ketiga (Ira) yang mencabar saya. Jadi inilah harinya,” katanya.
Puteri Sarah juga mengatakan dia tidak mahu mendiamkan diri lagi setelah sekian lama berhadapan dengan gangguan yang diterima oleh wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya.
https://www.instagram.com/p/CfauPZjggZi/
Dia juga berkata sebelum dia pergi menunaikan umrah dia ada terfikir untuk bertindak tetapi dia memikirkan apa yang akan berlaku kepada rumah tangga dan keluarganya.
“Sebelum mengerjakan umrah, saya masih was-was. Tak nampak hala tuju. Tetapi selepas melaksanakan umrah, Allah telah nampakkan jalan kepada saya tentang apa yang perlu saya lakukan.
Apa yang saya lakukan ini adalah untuk diri saya, keluarga saya. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini,” ujarnya.
Dalam laporan Kosmo!, difahamkan Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.
Baca: “Mana mau lari” – Kena Buli Teruk Di Media Sosial, Puteri Sarah Nekad Sampai ‘Pasang’ 2 Peguam