in

“Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah saya berumur 16, berapa kali berzina sudah tidak terkira…”

58F4212B1B50A5Ef39C93442085917

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah remaja rosak akibat kedegilan mereka sendiri sudah acapkali kita dengar. Sudahlah degil, setelah terlanjur melakukan perkara yang dilarang, bayi yang tidak bersalah pula dibuang merata-rata tempat.

Walaupun begitu, kisah anak-anak yang terlanjur dan berkeinginan untuk menjaga bayi yang dilahirkan mereka sendiri jarang pula kita dengar.


Berikut perkongsian dari laman Facebook Baitus Solehah yang menyentuh hati:

“Sewaktu berumur 14 tahun saya sudah mula bercinta. Curi-curi untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan kekasih.” 

“Setelah diketahui oleh abang kandung atas perbuatan saya, saya dipukul disepak, hati remaja saya memberontak. Makin dilarang, makin saya dendam.” 

Gadis yang baru bersekolah menengah ini tetap masih bertemu dengan kekasih hatinya pada waktu sekolah. Malah dia juga acapkali ponteng sekolah hanya kerana mahu berjumpa dengan lelaki tersebut.

Hh
gambar hiasan

Kemuncak kepada perbuatan ini, dia akhirnya terjerumus ke kancah maksiat. Pada usia semuda 16 tahun, gadis itu sudah berani beraksi di atas katil.

Saya lakukan perbuatan itu sehinggalah saya berumur 16, berada di Tingkatan Empat, berapa kali berzina sudah tidak terkira. Allah…”

Ke 01 3
gambar hiasan

Namun semuanya berubah apabila gadis tersebut mula merasakan perubahan pada tubuhnya di pertengahan Tingkatan Empat. Jiran-jiran, sahabat serta saudara maranya mula sedar dan menegur atas perubahan rupa bentuk fizikalnya yang berisi.

“Saya sembunyikan kandungan sehingga enam bulan. Akhirnya satu malam mama saya memanggil masuk ke dalam bilik dengan wajah yang penuh dengan linangan air mata.”

Ibu kepada gadis itu akhirnya memberanikan diri untuk bertanya, adakah dia mengandung?

“Berkali-kali dipaksa namun esak tangisan saja yang kedengaran. Hampir satu jam, baru saya mula buka mulut untuk mengakui yang saya mengandung.”

Test
gambar hiasan

Hati ibu mana yang tak luluh??

Pada keesokannya, dia bersiap-siap seperti biasa untuk ke sekolah walaupun perutnya yang semakin membesar itu semakin kelihatan di balik baju kurung yang besar. Tindakannya tiba-tiba ditahan ibu yang menunggu di depan pintu.

“Sewaktu hendak keluar rumah mama telah pun menunggu di depan pintu. Baru saya tahu yang mama semalaman berjaga kerana takut saya melarikan diri.”

“Mama telah mengunci pintu pagar kerana melarang saya pergi ke sekolah.”

Ibunya mengambil keputusan untuk memberhentikannya sekolah dengan alasan untuk berpindah ke kampung dan menjaga nenek mereka yang kononnya uzur.

Setelah dia diberhentikan, gadis tersebut terus dibawa ke pusat perlindungan yang bernama Seri Raudhah. Sejak dari itu, semua ahli keluarganya mula memandang hina kepadanya.

Sang lelaki bersuka ria di saat saya kesedihan menanggung beban di atas perbuatan bersama. Keseronokan yang dinikmati cuma sementara. Kedegilan saya dahulu telah membawa padah untuk diri sendiri menanggungnya.”

Hamil Pelajar Dikeluarkan Dari Sekolah
gambar hiasan

Selepas dua bulan di sana, dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Ain Faseehah. Namun kegembiraannya berubah serta merta apabila dia mendapat suatu berita sedih.

“Saat diberitahu anak yang baru dilahirkan akan diserah kepada keluarga angkat, saya merasa hidup saya sudah mati.” 

“Hati saya sedih bercampur marah. Saya persoalkan mengapa mama tak nak ambil cucunya. Kenapa saya tidak ada hak ke atas anak yang saya lahirkan? Kenapa Seri Raudhah sanggup memisahkan seorang anak dengan ibu?” protes gadis tersebut.

Tjfg5468
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, hari berganti bulan gadis tersebut perlahan-lahan berubah menjadi seorang berbeza dari sebelumnya sehinggalah dia dilantik menjadi ketua naqibah bagi kumpulan tadarus.

Meskipun begitu, sehingga kini dia masih tidak mengetahui apa-apa khabar berita mengenai anaknya. Baginya, hanya doa sahajalah yang dititipkan supaya anaknya itu sihat dan merindui ibu kandungnya.

“Pesanan kepada keluarga angkat di luar sana, janganlah zalim memisahkan anak dengan ibu kandung, langsung tidak membuka ruang untuk mempertemukan anak dengan ibu kandungnya.”

“Janganlah terlalu tamak kasih sayang, anak itu cuma pinjaman, bila-bila pun Allah boleh ambil semula.” 

Kepada remaja di luar sana, sebelum nak buat apa-apa fikirlah akan akibatnya. Bila dah jadi begini, nak salahkan siapa? 

Baca: Doktor Dedah Kisah Remaja Bawah Umur Tidak Mengaku Pernah Terlanjur Rupa-Rupanya Sudah Beranak

Terlanjur Baca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.