in

“Saya janji tak buat lagi” – Individu Buat Hantaran Jelik Terhadap Kerabat Diraja Didenda RM10K

syaz ft 2025 01 03T145826.993

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat membuat hantaran jelik terhadap kerabat diraja di Instagram empat tahun lalu, seorang pekerja logistik didenda RM 10,000.

Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Tan Yong Hua, 42, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.


Artikel berkaitan: Polis Siasat Kes Resit Pesanan Makanan Ada ‘Remarks’ Hina Islam

Artikel berkaitan: Tengku Mahkota Pahang Titah Keadilan Diberi Kepada Mangsa Pukul Oleh Kerabat

Difahamkan, sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

WhatsApp Image 2025 01 03 at 11.50.06 AM

Terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan, Hakim Siti Aminah menasihatkan supaya tertuduh tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut.

“Saya janji tidak tidak buat lagi, minta ampun (maaf),” kata tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa didakwa memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain yang dilakukan melalui aplikasi Instagram dengan menggunakan nama profil Instagram @ogbadboyterryt pada 6 dan 7 November 2021.

Hantaran itu kemudian telah dibaca dan dilihat pada 7 November tahun yang sama di sebuah rumah di Taman U-Thant, Kuala Lumpur.

Pertuduhan dikemukakan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subsekyen 233(3) akta sama.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.