Baru-baru ini, seorang wanita Singapura yang mendakwa dia merupakan kekasih gelap penyanyi kontroversi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan bahawa kes mahkamah antara dia dengan penyanyi itu sudah selesai.
Pun begitu, terdapat khabar angin mengatakan Aliff menarik semula kes mahkamah itu dan disebabkan itu ianya dikira ‘selesai’.
Artikel berkaitan: Dituduh Konon Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Bakal Ambil Tindakan Kepada Pemfitnah
Artikel berkaitan: “Doakan yang baik2” – Dilihat Bersama Pendakwah, Aliff Aziz Kembali Sertai Tabligh?
Namun, dalam posting terbaru pelantun lagu Sayang Sayang di Instagram, dia menyatakan bahawa itu sesuatu yang tidak benar, kes itu dianggap selesai atas final court order terhadap pihak Sarah.
View this post on Instagram
“Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.
Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar,” katanya.
Dia turut menyatakan bahawa dia yakin pihak Sarah memahami dengan semua perintah mahkamah yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, bekas suami Bella Astillah itu juga berharap agar tiada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan fakta kes ini.
Sumber: Instagram