in

“Saya harap Diana boleh sertai” – Farid Kamil Bersyukur Dapat Tambah Hari Bertemu Anak-anak

Farid Kamil Hadanah Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, bersambung lagi perbicaraan mahkamah antara pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle.

Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagi prosiding sebutan semula inter-parte (kedua-dua pihak) hadanah berhubung hak penjagaan sementara yang dilanjutkan kepada 8 Ogos depan.


Menurut laporan Berita Harian, Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu bersyukur isterinya memberi kerjasama baik dan tidak pernah menghalangnya berjumpa anak-anak.

Cats 92

“Alhamdulillah, buat masa sekarang, perjumpaan saya dengan anak-anak begitu mudah sekali. Malah, Diana juga tidak menghalang sekiranya saya ingin menambah hari pertemuan.

Tetapi, perlulah mengikut prosedur dengan menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam seperti ditetapkan mahkamah.

Saya bersyukur dengan situasi ini dan berharap perjumpaan dengan anak-anak suatu hari nanti mungkin boleh diserikan dengan kehadiran ibu mereka. Itu harapan saya,” katanya.

Difahamkan, pada 30 Jun depan, kedua-dua pihak perlu memfailkan hujahan sebelum keputusan kes diketahui bulan Ogos ini.

Pada tarikh tersebut, mahkamah akan menentukan hak jagaan sementara bagi dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora sama ada diserahkan kepada Farid Kamil atau Diana Danielle.

Kita doakan yang baik-baik ya!

Baca: Farid Kamil Dedah Pakai Purdah Pergi Ceramah PMX Untuk Jayakan Watak Anwar Ibrahim

Farid Kamil Purdah

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.