in

“Saya hanya mampu berdoa dari jauh” – Didie Mahu Taja Perkahwinan Enot Jika Pilih Lelaki Sebagai Pasangan

enot dan didie alias bergaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam lagi, kecoh diperkatakan mengenai kenyataan pelakon Didie Alias berkenaan sahabat baiknya menerusi rancangan Melodi TV3 yang didakwa telah mengaibkan individu tersebut.

Sedar dengan hal tersebut, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali, 51, menjelaskan bahawa apa yang diperkatakannya sekadar luahan hati selepas Enot dikatakan membuat keputusan untuk mulakan kehidupan baru dan tak lagi menetap di Kuala Lumpur sejak November tahun lepas, lapor mStar.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Sebagai seorang kawan saya hanya luahkan apa tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu pun saya tidak memburukkan atau menyebut namanya.

“Sudah lama saya simpan apa yang saya rasa selama ini, ramai bertanya tentang Enot. Saya pun tak boleh nak beri beri jawapan sebab saya tidak tahu keadaan dia. 

“Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan (dalam temu bual Melodi),” katanya.

“Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah, boleh taja majlis persandingan” 

Didie walau bagaimanapun memilih untuk tidak bertemu dengan Enot kerana enggan memburukkan keadaan.

Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah. 

“Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia adik untuk dijaga. 

“Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” katanya.

MB011117AZ027

Tak cukup dengan itu, Didie juga kesal apabila timbul dakwaan yang mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Dia juga berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasihnya’ itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah malah saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin… tetapi dia ada pilihan sendiri. 

“Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,” katanya.

Apa-apapun kita doakan semoga dua sahabat itu kembali menjernihkan keadaan semula dan menyelesaikan masalah antara mereka. 

Baca: “Bahagia kat dunia je” – Didie Alias Luah Rasa Kesal, ‘Kawan Baik’ Terjebak ‘Hubungan Songsang’?

didie dan enot

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.