in

“Saya gagal” – Kongsi Gambar Tidak Berhijab, Mawar Rashid Mohon Maaf

Mawar Rashid Free Hair

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Istiqamah bermaksud tetap atau teguh dengan sesuatu pendirian, dari segi Islam ianya membawa kepada maksud kekal teguh dalam melaksanakan kewajipan serta ibadah.

Pun begitu, untuk kekal istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi buat kita yang sering dihadapkan dengan pelbagai ujian.


Artikel berkaitan: Mawar Rashid Umum Berhijab Sempena Tahun Baru Hijrah, Padam Semua Gambar ‘Free Hair’

Artikel berkaitan: Pemakaian Hijab Untuk Atlet Ketika Sukan Olimpik Paris 2024 Dibenarkan

Terbaru, usahawan serta pelakon terkenal Mawar Rashid menerusi Instagram miliknya berkongsi dia sudah tidak lagi berhijab selepas 3 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Saya dah cuba tapi saya gagal, saya minta maaf,” tulisnya di kapsyen.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid juga berkongsi dalam IG Story yang dia kini sedang berehat dan akan kembali sejurus dia lebih bersedia dari segi mental.

Cats 13

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.

Mawar yang juga ibu kepada dua anak itu sebelum ini mengumumkan penghijrahannya dan memadam semua gambarnya yang tidak bertudung kira-kira tiga tahun lalu bersempena dengan Awal Muharam.

Harapnya Mawar sentiasa kuat…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.