in

“Saya fikir saya dah mat*” – Pemuda Dipaksa Makan Babi, Minum Arak Ketika Di Kemboja

syaz ft 2025 10 27T164430.023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 36 tahun yang mahu dikenali sebagai “Joe” menceritakan pengalaman minggu hitamnya apabila dia menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Kampong Sihanouk, Kemboja.

Pada awalnya dia tertarik dengan tawaran kerja sebagai pembakar sate berpendapatan USD 1,500 sebulan, melalui seorang kenalan yang pernah memberikannya kerja di Johor Bahru. Semua kos perjalanan ditanggung termasuk tiket penerbangan, penginapan dan wang poket.


Artikel berkaitan: Serah Gambar B*gel Kepada Bomoh Scammer, Tukang Jahit Turut Rugi RM103,000

Artikel berkaitan: “Alamat rumah pun dah tak selamat!” – Anak Sosilawati Dedah Taktik Scammer, Terima ‘Parcel’ Berisi G*nja

Namun setelah tiba di Kemboja pada hari raya keenam (5 April), Joe dibawa ke sebuah hotel dan kemudian ke “markas scammer” di Sihanouk yang lengkap dengan sistem keselamatan. Di sana, dia diberi minuman yang dipercayai dadah dan menyedari kerja sebenar adalah sebagai scammer.

Sepanjang empat bulan ditahan, Joe hanya makan sekali sehari dan bekerja dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam. Jika gagal mencapai sasaran menipu, dia akan diseksa dengan renjatan elektrik serta dipaksa makan daging babi serta minum arak.

Ketika cubaan melarikan diri, beliau bersama empat rakyat Malaysia lain diberi dua telefon bimbit oleh sindiket dan dimaklumkan akan dibawa ke sempadan Laos untuk dijadikan buruh paksa atau pengemis.

Dengan bantuan daripada wakil rakyat Marina Ibrahim, ADUN Skudai, mereka berjaya dibawa pulang ke Malaysia pada 16 Ogos. Joe menganggap dirinya “hidup semula” selepas terlepas daripada kondisi yang beliau gambarkan sebagai “neraka dunia”.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.