in

“Saya ‘down’ dan tertanya apa salah saya” – Iqbal Terkejut Kena ‘Block’ Dengan Nad Zainal

Iqbal Kena Block Dengan Nad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam, kecoh diperkatakan mengenai dua artis terkenal iaitu Nabila Huda dan Sharifah Sakinah yang dikatakan sedang ‘dingin’ dengan aktres Nad Zainal.

Difahamkan isteri kepada pelakon Ungku Ismail ini juga telah menyekat beberapa rakan artis di Instagram dan perkara ini telah mencetuskan perbalahan di antara mereka.


Iqbal pula kena block dengan Nad Zainal? 

Baru-baru ini, pempengaruh Iqbal Zulkifli meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu bahawa dia juga telah disekat pelakon tersebut di Instagram.

Menurut Iqbal, dia sendiri tidak pasti sebab kenapa dia telah disekat di media sosial kerana dia belum pernah bertemu dengan Nad Zainal atau bertegur sapa dengan pelakon itu.

Screenshot 2023 08 25 At 10.18.51 Am

 

Saya pun kurang pasti mungkin dia serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan. Saya faham. Tapi saya tidak pernah berjumpa, atau menyebut di media sosial, sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu. 

“Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya ‘down’ dan tertanya apa salah saya sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang,” katanya.

“Terpegun apabila sis Nabila Huda panggil saya ‘cik'” 

Iqbal pada masa yang sama memuji sikap Nabila Huda yang menurutnya sangat beradab apabila membalas komen di Instagram dan memanggilnya dengan gelaran ‘cik’.

Dia juga katanya akan menyokong filem terbaru pelakon itu, Rahsia yang kini sedang ditayang di pawagam.

Nad 3

“Beliau jauh lebih gah, lebih lama dalam industri. Tidak perlu panggil saya Cik pun sebenarnya namun adab beliau buatkan saya semakin hormat dan idolakan beliau. 

“Begitu kita dalam industri, meraikan semua orang. Pulang pergi pun, kita tetap bertemu orang sama. Saya akan bawa satu keluarga dan ajak semua orang untuk tonton filem RAHSIA ya,” katanya.

Terdahulu, nama Nad Zainal menjadi sebutan netizen selepas beberapa rakan artis seperti Nabila Huda dan Sharifah Sakinah mengeluarkan kenyataan seakan-akan tidak mahu dikaitkan lagi dengan aktres tersebut.

Harap ada penjelasan lanjut dari Nad mengenai hal ini tidak lama lagi. 

Baca: “Tak kenal siapa Nad Zainal” – Apa Kes? Rakan Artis Dikatakan Sedang ‘Dingin’ Dengan Nad Zainal?

Ft Nad Abil Kinah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.