Nama Shermine Hau atau lebih mesra dikenali sebagai Ah Moi pernah menjadi viral suatu masa dulu dek kerana tular kisah curang suaminya dengan seorang pekerja.
Namun semuanya telah berlalu dan selepas dua tahun berpisah, Shermine kini mengakui dia sudah melupakan sengketa lama dan dilihat menyambut hari lahir anak mereka bersama-sama dengan View Chin.
Menerusi posting yang dimuat naik Shermine di Facebook, dia memaparkan sambutan hari lahir anaknya dibuat meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan bekas suami, View Chin.
Lepas dua tahun (akhirnya) ini gambar keluarga yang terpisah.
“Kami lupakan sengketa lama dan mulakan hidup baru, saya mendoakan kebahagiaan dan kesihatannya (dia sudah pasti bahagia, tengoklah badannya).
“Walaupun saya masih single, tapi saya nikmati siap detik bersama keluarga dan rakan-rakan serta mereka yang menyayangi saya.
“Saya hargai mereka yang hadir ke majlis hari lahir Sylvia,” tulisnya.
Artikel berkaitan:Video ‘Intim’ View Chin & Mira Undang Persoalan, Netizen Mohon Umum Jika Sudah Berkahwin
Artikel berkaitan: “Bila laki kau orang cina” – Mira Tayang Video ‘Sweet’ Dengan View Chin
“Bangga dengan wanita sekuat awak”
Posting tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen yang gembira melihat ketabahan Ah Moi dalam melalui detik-detik sukar dalam hidupnya.
Baguslah berbaik demi anak-anak kan. Masing-masing pun dah bahagian dengan kehidupan sendiri.
Sumber: Facebook