in

“Saya dipanggil b*doh hanya kerana…” – Kecoh Miss Universe Mexico Diarah Keluar, Peserta Lain Tunjuk Tanda Protes

miss universe mexico dihalau keluar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana acara pra-pembukan pertandingan Miss Universe 2025 bertukar kecoh apabila Miss Mexico, Fatima Bosch diarah keluar selepas dimarahi secara terbuka oleh pihak penganjur.

Difahamkan, insiden berlaku ketika sesi sidang media yang berlangsung di hotel perwakilan Miss Universe di Bangkok, Thailand dan kini tular di media sosial.


Gelar Miss Mexico ‘bodoh’

Kejadian bermula apabila Nawat Itsaragrisil, Pengarah Miss Universe bagi Asia dan Oceania menegur Bosch kerana didakwa mengikut nasihat pengarah negaranya untuk tidak memuat naik bahan promosi mengenai negara Thailand.

Artikel berkaitan: Kenali Nadeen Ayoub Wakil Dari Palestin Dalam Miss Universe 2025

Artikel berkaitan: Malaysia Cipta Sejarah! Sandra Lim Berjaya Ke Top 30 Miss Universe 2024 Akhiri Kemarau 54 Tahun

Dalam video tular itu, Nawat meminta Bosch berdiri dan membuat pengakuan di hadapan kamera.

Apabila Bosch kemudiannya bersuara untuk menjelaskan tindakannya, Nawat seolah-olah tidak berpuas hati dan mengarahkan pasukan keselamatan mengiringinya keluar.

Keadaan itu mencetuskan rasa janggal di dalam dewan taklimat berkenaan apabila beberapa peserta lain turut keluar sebagai simbol sokongan terhadap Miss Mexico.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CNA (@channelnewsasia)

Sementara itu, Bosch menyifatkan tindakan Nawat sebagai tidak menghormati martabat wanita.

“Saya hormati Thailand dan rakyatnya, tetapi tindakan pengarah anda tidak wajar. Saya dipanggil ‘bodoh’ hanya kerana bersuara. Saya tidak mencetus masalah, saya hanya mahu berkelakuan baik dan memberi yang terbaik,” katanya kepada media di luar dewan taklimat.

Bosch menegaskan bahawa wanita perlu mempertahankan maruah dan tidak tunduk kepada layanan yang menjatuhkan harga diri.

“Kami wanita yang punya suara dan kuasa. Tiada siapa boleh halang kami,” tegasnya.

Menurut laporan, Nawat telah disekat dari mengambil bahagian dalam program yang berkaitan dengan pertandingan Miss Universe tahun ini.

Sumber: Instagram, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.