Biarpun dirinya kini sedang dilanda kontroversi, pelakon Ruhainies anggap ia bukan satu halangan untuk terus beri tumpuan dalam bidang seni ini.
Jelasnya, demi komitmen dan tanggungjawab, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tetap akan teruskan kehidupannya seperti biasa termasuklah penggambaran di sekitar KL.
Artikel berkaitan : “Terima kasih kerana memahami” – Bella Astillah Jumpa Produksi, Tarik Diri Berlakon Dengan Ruhainies & Suami?”
Artikel berkaitan : “Itu bentuk pengkhianatan yang zalim” – Kakak Ruhainies Nak Saman Penyebar Fitnah, Ini Respon Ellie Suriaty
Kata Ruhainies, dia tak perlu takut sebab dia berada di pihak yang benar, bukan sepertimana yang diperkatakan oleh orang ramai.
“Saya komited pada kerja. Lagipun saya di pihak yang benar, tidak perlu takut. Berani kerana benar.”
Kenyataan itu diberikan dalam satu video bersama usahawan Aliff Syukri ketika sedang melakukan rakaman promosi sebuah festival jualan.
Dalam video tersebut, Aliff Syukri ada bertanya tentang kekuatan Ruhainies dalam berdepan dengan dugaan dan kecaman apabila ramai pihak terus memberikan kecaman dan hentaman susulan dengan khabar angin yang mengatakan dia dan Aliff Aziz ditangkap berkhalwat.
Ruhainies bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menunggu selama 3 jam ketika tangkapan adalah tidak benar.
“Tiga itu hanya tokok tambah.”
Untuk rekod, Ruhainies dan Aliff ditahan oleh pihak Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara sebelum dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang hari sama.
Sumber : mStar Online