Pasti korang familiar dengan meme video kat bawah ni kan? Ia viral dari luar negara dan sekarang dah merebak ke Malaysia. Pasti korang tertanya-tanya apa situasi sebenar video tersebut kan?
Mia Tomeo, pelajar 17 tahun dari Philadelphia

Kata Tomeo menerusi BuzzFeed, dia merakam detik itu ketika sedang menunggu keputusan permohonan kolej. Dia rakam video tersebut dan tak sangka boleh jadi viral.
Katanya, lagi, dia terlalu teruja apabila mengetahui keputusan untuk ke sebuah kolej idamannya menjadi realiti.
“Saya pos sebab menunggu keputusan permohonan kolej agak memberikan tekanan buat para remaja dan dengan berkongsikan keputusan yang saya diterima masuk ke kolej tersebut memberikan saya sedikit harapan supaya dapat dikongsikan kepada orang lain”
Tak sangka video itu boleh viral dan jadi meme, saya ingatkan hanya sekadar video biasa yang seorang remaja gembira dapat sambung belajar ke kolej”

Katanya lagi, dia banyak menerima komen positif dan membuatkan dia rasa seperti semua orang meraikan kegembiraannya. Ada yang memberikan ucapan tahniah walaupun daripada orang yang tidak dikenali membuatkannya lebih teruja.
Baca : “Tiba-tiba muncul” – Netizen Tergelak Tengok Video Tiktok Gadis ‘Diganggu’ Pakcik Ini