Penyanyi dan pelakon, Elyana meluahkan perasaannya tentang penyakit kanser limfoma yang telah dihidapinya lebih dari 10 tahun. Elyana yang kini sudah berada di tahap keempat masih lagi meneruskan rawatannya dengan harapan untuk kembali pulih seperti biasa.
Seperti yang kita tahu, Elyana boleh dikatakan seorang yang kuat dan juga tabah kerana mampu bertahan untuk menangani penyakitnya itu. Terbaharu melalui posting terbarunya di Instagram @elyanaofficial1, Elyana meluahkan perasaan di bahagian kapsyen dengan gambar dirinya yang berada di hospital.
https://www.instagram.com/p/CWpsu03loez/?utm_medium=copy_link
“Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan Healthy Food, Fresh, Real Food, sayur, buah, No sugar, no salt, exercise, makan suppliment itu dan ini..” – Elyana
Elyana juga memberitahu yang dirinya telah mencuba bermacam tips dan juga pelbagai jenis makanan untuk kembali sihat. Malah dia turut mendedahkan yang dirinya pernah tidak makan selama setahun kerana tiada selera makan.
Bukan kritik, buat rosak jiwa saya saja…
Ibu kepada dua cahaya mata itu menambah bahawa bukan mudah untuk fokus menjaga dirinya sendiri memandangkan dia masih perlu untuk mengurus dan menjaga orang lain jadi dia meminta supaya orang tidak mudah menghukum dirinya.
“Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada Superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.” – Elyana
Namun begitu, Elyana bukannya mengkritik orang ramai yang kononnya tidak faham dengan keadaannya sebaliknya dia meminta jasa baik orang ramai untuk sentiasa memberikan sokongan kepadanya sebagai tanda untuk diberi kekuatan.
Elyana atau nama penuhnya, Elyana Emrizal telah menghidap kanser limfoma sejak 2011 dan hanya didedahkan sewaktu di pentas Gegar Vaganza musim keempat iaitu pada 2017.
Sama-sama kita mendoakan supaya Elyana diberikan kesembuhan seperti sediakala dan dapat bergiat aktif lagi dalam bidang seni. Harapnya dapat tengok lagi Elyana dalam TV…