Seorang pengawal keselamatan telah di tangkap gara-gara melakukan kekerasan secara fizikal terhadap seorang jururawat ketika ingin mendapatkan rawatan.
Menerusi Tribunnews, Kejadian berlaku pada 9 April 2020 lepas pada pukul 9.00 Klinik Pratama Dwi Puspita, Kota Semarang
Perbuatan biadap itu dirakamkan menerusi CCTV di klinik tersebut.
Tampar lepas diarah untuk pakai mask
Lapor sumber lagi punca kejadian itu berlaku kerana lelaki tersebut tidak memakai mask ketika hendak mendapatkan rawatan untuk anaknya.
Jadi, jururawat tersebut mengingatkan agar lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah itu untuk memakainya memandang kes Covid-19 kini sedang menular.
Bengang dan tak terima dengan teguran tersebut, dia bertindak memukul jururawat itu.
Video itu viral di media sosial, mangsa membuat laporan polis dan kini lelaki itu telah ditahan.Ramai yang bengang bila menonton video itu.
Setelah ditangkap pelaku yang berumur 43 tahun ini ada memberikan keterangan sebab kenapa dia bertindak sedemikian.
Saya cuma menggetok wajah perawat itu, bukan melakukan penganiayaan”
Katanya dia menyesal dengan tindakannya itu, pada saat itu dia tengah rasa bingung melihat keadaan anaknya yang demam panas dan batuk-batuk, harapan untuk dapat rawatan dengan segera.
Katanya lagi dia memukul jururawat itu sebab tak terima apabila dia disuruh pulang untuk mengambil mask sebelum melakukan sebarang pemeriksaan untuk anaknya itu.
“Saya cuma menggetok wajah perawat itu, bukan melakukan penganiayaan, Saya minta maaf atas kesalahan saya. Saya khilaf karena saat itu saya bingung karena kondisi anak saya yang sakit panas sama batuk”
Jika didapati bersalah lelaki itu boleh dikenakan penjara 2 tahun 8 bulan.