in

“Saya call dia tapi…” – Pelawak Ditahan Polis, Shuib Dedah Kenal Rapat Dengan Suspek

Syaz Ft 2024 07 04T141548.317

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dihebohkan dengan berita di mana seorang pelawak ditahan polis kerana menyebarkan informasi berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam aplikasi Telegram.

Terbaru, pelawak dan personaliti TV terkenal Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib berkongsi dia sangat kenal dengan pelawak yang ditahan itu.


Artikel berkaitan: Pelawak & Isteri Ditahan, Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat IPD Di Telegram

Artikel berkaitan: Gambar Kecederaan Zayn Rayyan Tersebar di Telegram?

Shuib

Menurut laporan Harian Metro, Shuib berharap rakan pelawak yang ditahan polis itu dapat mengharungi ujian dihadapi dengan sebaiknya serta sentiasa tabah kerana individu terbabit disifatkan seorang yang baik.

“Saya ‘call’ (hubungi) dia, tapi tak dapat. Bagaimanapun, bila tahu macam itu saya sebenarnya tersentak jugalah sebab kawan saya. Ini kawan dan bila jadi benda begini, saya anggap ini ujian berat untuk dia, ujian besar untuk dia.

Sebab, benda ini besar dan kes polis. Harap sangatlah benda ini, dia (pelawak) boleh ‘handle’ (tangani) dengan baik. Insya-Allah. Semoga dia tabah,” katanya.

Shuib yang terkenal dengan kumpulan Sepahtu itu berkata dia sangat mengenali pelawak tersebut dan mendoakan semoga dia dalam keadaan baik-baik saja.

Dalam pada itu Shuib juga berkata dia akan cuba berhubung lagi dengan individu itu kerana mereka ada perancangan projek kerja bersama.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.