“Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen,” demikian luahan daripada seorang wanita warga emas berumur 62 tahun ini kerana wajahnya yang mempunyai misai dan janggut.
Perlu cukur 3 kali seminggu untuk kelihatan seperti wanita biasa
Che Halimah Che Mood, dari Pasir Mas, Kelantan ini mengatakan bahawa dia sudah berjumpa doktor dan dia disahkan memiliki kadar hormon testosteron yang tinggi.
Katanya kepada Harian Metro, hidupnya dibelenggu masalah itu sejak umurnya berusia awal 20-an.
Dia perlu mencukur 2 atau 3 kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa. Che Halimah yang pernah kegagalan rumahtangga sebanyak 2 kali ini menjelaskan keadaannya semakin teruk apabila diserang angin ahmar yang menyebabkan lumpuh separuh badan di bahagian kiri.
“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.”
Tidak mempunyai anak, Che Halimah hanya menumpang kasih kepada ahli keluarganya yang lain iaitu Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36.
Mereka sanggup menjaga segala makan dan minumnya serta ibu mereka yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.
“Misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki.”
Walaubagaimanapun, kos penjagaan Che Halimah terbela kerana katanya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.
“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.”
Che Halimah sebelum ini tidak terbuka mengenai masalahnya, hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu perkara ini kerana ia membuatkan Che Halimah kurang keyakinan diri.