Ingat lagi pada Iqram Dinzly? Dulu sering menjadi bualan ramai dan ada saja kontroversi tentang empunya badan. Dia juga siap dipanggil Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ingin berbicara dengannya.
Selepas itu, Iqram senyap je. Tiada lagi post apa-apa yang boleh bikin panas dan kini dia dah tampil menyatakan penyesalannya berbuat begitu.
![iqram 1](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/iqram-1.png)
Menurut Cari, Iqram menyesal dengan perbuatan yang pernah dilakukannya sebelum ini dan mengakui perbuatan jeliknya dulu memberi kesan kepada diri, keluarga dan kerjaya hingga ada yang mengatakan dia dah menyimpang dari akidah agama.
“Saya tidak kisah apabila dianggap sudah tidak siuman kerana hanya saya tahu apa yang saya rasa. Apabila tersedar, saya malu dengan perbuatan sendiri. Saya bukan lagi Iqram Dinzly yang dulu.”
“Terdetik juga di hati, apa sebenarnya yang saya lakukan? Saya terperangkap dan terpinga-pinga kerana tidak percaya dengan apa yang saya buat.”
Bukan itu sahaja, dulu dia menganggap boleh berkongsi apa yang dilalui dengan khalayak tetapi mengakui itu semua adalah salah kerana orang sekeliling tak faham dengan apa yang dirasa.
Cukuplah, saya tidak mahu buat kerja gila lagi”
![gt](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/gt.jpg)
Selain itu, Iqram memberitahu dia percaya berkat doa ibunya yang membuatkan dirinya kembali ke pangkal jalan.
“Selama ini, saya lihat mama okay dan sering menegur dengan cara baik. Saya tidak perasan dia sebenarnya susah hati.”
“Perbuatan saya memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga. Mama sangat tabah kerana ketika diuji kehilangan suami, terpaksa pula berdepan dengan anak yang berperangai pelik dan gila.”
![ibu iqram dnizly dedah sudah tegur anaknya namun](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2018/07/ibu-iqram-dnizly-dedah-sudah-tegur-anaknya-namun.png)
Dia juga menjelaskan tidak sanggup lagi melihat wajah ibunya yang sugul dan tidak ceria serta menyatakan hasratnya untuk menjadi Iqram Dinzly yang dulu dan sentiasa membahagiakan ibunya.
Alhamdulillah…
Baca: “Taubat nasuha s*al!” – Iqram Dinzly Muat Naik Gambar Lucah Lagi di Instagram