Malang tak berbau, seperti yang orang kata duit boleh dicari tapi nilai pada sesuatu barang itu memberikan makna buat kita, jadi tidak kira mahal atau murah, jika ia hilang atau diragut pasti ianya akan merobek hati.
Itulah situasi yang terjadi kepada seorang peniaga bengkel motosikal ini, rantai pemberian kakaknya sebagai kenangan telah diragut oleh seorang penunggang motosikal baru-baru ini.
Disebabkan itu, pemuda ini buat satu video dan meminta agar ianya diviralkan dengan harapan agar dapat kembali.
Tak salahkan peragut 100% sebab….
Menurutnya kejadian ini berlaku di Rawang, video itu viral sejak semalam di media sosial, bagaimanapun pemuda ini enggan mendedahkan identiti (bangsa) pelaku.
Katanya kejadian ini berlaku di salah satu tempat lampu isyarat di kawasan Taman Tun Teja, Rawang, dia bersama pengguna jalan lain yang menyaksikan kejadian itu cuba untuk kejar peragut tersebut namun begitu gagal.
“Saya kejar dia sambil menangis, lepas saya u-turn balik datang kedai saya menangis sebab rantai itu ada kenangan kakak saya bagi, masa dia kahwin , pergi (keluar) dari rumah saya, dia bagi, suruh saya simpan rantai tu sebagai kenangan dia.”
Tidak dapat menahan sebak, pemuda ini menceritakan dia kembali ke kawasan terbabit untuk mendapatkan rakaman CCTV daripada premis di kawasan itu.
Bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk tidak mahu tayangkan di media sosial kerana tidak boleh mengesan nombor pendaftaran motor itu.
Disebabkan itu pemuda ini meminta agar perkara ini di viralkan sehingga ke pengetahuan pelaku, Apa yang menangkap perhatian netizen adalah, biarpun tengah marah namun dia cuba memahami situasi peragut itu.
Memang saya marah tapi saya fikir macam ni, mungkin itu situasi dia lah, mungkin anak dia sakit sebab musim pandemik ni, semua orang pun susah, semua orang pun pendapatannya sudah kurang, mungkin dia ada masalah pendapatan, saya tak boleh salah kan dia.”
Siap nak tawar bantuan RM 500 kalau pulangkan
Katanya seandainya benar peragut itu mengalami masalah kewangan, pemuda ini akan bantu bayar peragut itu sebanyak RM 500 seandainya dia pulangkan rantai tersebut.
Dalam pada itu, pemuda tersebut menunjukkan satu tempat untuk peragut itu pulangkan rantai kepadanya.
” You boleh letak nombor akaun sekali, you masukkan rantai tu, memang ada loket sekali.”
Dalam pada itu, pemuda ini juga memberitahu bahawa kedainya tiada CCTV jadi, peragut itu tak perlu risau kerana aibnya terjaga.
Dia juga turut menasihati tuan empunya badan agar tidak melakukan perkara sedemikian lagi. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 11.19 pagi pada 14 Ogos lepas.
https://www.facebook.com/watch/?v=843757799603620
Selain di Facebook, video ini turut viral di Twitter, ramai netizen puji dengan sikapnya yang kekal positif biarpun dugaan melanda pada dirinya.
Mentaliti gred A, pemaaf, empati dan hargai sentimental value – Netizen
Video ini telah meraih 5.5K jumlah shares di Facebook dan 16.7K jumlah retweets dalam masa 12 jam ia dimuatnaik di Twitter.