in

“Saya berada di situasi yg pernah dilalui Shuib” – Sudah 9 Hari Isteri Ditidurkan, Rider Harap Ada ‘Keajaiban’

Ft Isteri Ditidurkan Sudah 9 Hari Harap Miracle

Sejak pemergian Siti Sarah Raisuddin, semakin banyak berita tentang ibu mengandung dijangkiti Covid-19 disiarkan atau viral di media sosial. Mana-mana berita tentang ibu mengandung yang terpaksa ditidurkan dan bertarung nyawa atau meninggal dunia turut mendapat perhatian masyarakat.

Seperti perkongsian seorang suami di Facebook tentang keadaan isterinya yang kini sedang bertarung nyawa kerana dijangkiti Covid-19 dalam keadaan sedang sarat mengandung. Menurut Mohd Zulkifli Mohamad Isa, isterinya, Siti Faiqah Sulaiman sudah 9 hari tidak sedarkan diri selepas terpaksa ditidurkan, 4 Ogos lalu.

Isteri Terpaksa Ditidurkan

 

Dapat jangkitan di tempat kerja, bayi terpaksa dikeluarkan

Menurut mStar, bayi lelaki mereka sudah dikeluarkan secara pembedahan tanpa sedar dan ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana dilahirkan pramatang.

Menceritakan kisah mereka sekeluarga, kata Zulkifli isterinya telah disahkan positif Covid-19 pada 14 Julai lepas dan dijangkiti di tempat kerja.

Pada mulanya isteri dimasukkan ke hospital sebab dia mengandung 7 bulan. Dalam masa yang sama, saya dan anak sulung kami yang berusia setahun lapan bulan pun positif namun dikuarantin di rumah.”

Pada 21 Julai, isteri dibenarkan keluar. Saya dan anak pula potong gelang pada 28 Julai. Kebetulan hari yang sama, isteri dapat temu janji vaksin dan selepas mendapat pandangan doktor, saya bawa isteri dapatkan suntikan.”

Isteri Hamil Dijangkiti Covid19

 

Ingatkan kesan sampingan vaksin, kandungan oksigen menurun

Kata Zulkifli lagi, keadaan semuanya baik-baik saja namun dua hari selepas itu isterinya mula mengadu penat dan demam. Pada mulanya dia menyangka ia adalah kesan sampingan vaksin, namun keesokan hari isteri maklum tidak larat dan dibawa ke hospital.

Dia dimaklumkan kandungan oksigen dalam darah (Spo2) isterinya menurun ke paras yang sangat rendah dan Zulkifli kemudian dihubungi doktor untuk meminta kebenaran kerana isterinya perlu ditidurkan.

Saya tiba di hospital dan doktor terangkan prosedur untuk isteri saya. Kata doktor, untuk keselamatan, isteri saya perlu ditidurkan dan pakar sakit puan akan buat keputusan mengenai pembedahan keluarkan baby.”

Tanpa alat bantuan pernafasan, oksigennya sekitar 51 peratus saja. Doktor minta banyakkan berdoa. Rupa-rupanya petang itu juga baby terpaksa dikeluarkan dan saya beri kebenaran.”

Video Call Isteri Di Icu Covid19

Terlalu cepat setiap perkhabaran yang diterima. Kali terakhir saya tatap wajah isteri adalah sebelum dia disorong ke dewan pembedahan.”

 

Lalui situasi seperti Shuib

Kata pemuda berusia 34 tahun itu lagi, dia sangat memahani apa yang dilalui oleh Shuib ketika ini memandangkan keadaan isterinya ketika ini sama seperti arwah Siti Sarah sebelum meninggal dunia.

Sehingga kini masih belum mempunyai kekuatan untuk baca kisah atau berita mengenai arwah Siti Sarah. Saya berada dalam situasi yang pernah dilalui oleh Shuib…kini apa yang saya lakukan adalah teruskan berdoa.”

Zulkifli juga memohon agar orang ramai tidak ambil remeh tentang Covid-19 kerana keadaan ketika ini sangat bahaya. Dia turut menasihati netizen untuk duduk di rumah dan elakkan keluar jika tiada urusan penting.

Sehingga artikel itu ditulis di mStar semalam, keadaan isteri Zulkifli masih kritikal kerana lebih 75 peratus paru-parunya sudah terkena jangkitan.

Baca: Kes Kematian Wanita Mengandung Naik Mendadak, Dr Hisham Seru Ibu Hamil Segera Ambil Vaksin

Collage 15

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar