Semalam Gegar Vaganza telah melabuhkan tirainya dengan mengangkat Noryn Aziz sebagai juara bagi musim ke 5 program tersebut. Bagi yang mengikuti program ni, korang mesti perasan yang GV kali ini penuh dengan macam-macam kontroversi.
Terbaru semalam, Datuk Aliff Syukri ada meluahkan rasa kecewanya di Instagram lepas dikatakan telah mendapat layanan buruk daripada pihak GV. Aiyok apa hal pulak ni??
“Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta kot?”
Menerusi posting pertama di Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewanya lepas dikatakan rakan-rakannya, Dato’ Seri Vida, Zoey Rahman dan Kak Girl tak dapat join perform nyanyi bersama lagu terbaru Aliff atas sebab-sebab yang tak dinyatakan.
Menurut Aliff, disebabkan hal itu, dia merasa terhina dan merasakan dirinya seperti diaibkan. Haa dah kenapa pulak ni??
“Sepatutnya nyanyi lagu tu separuh tapi dia bagi terlalu sikit… kalau tahu jadi macam ni, better tak payah nyanyi langsung lagi bagus”
Datuk Aliff kemudian upload posting kedua di Instagram yang memaparkan video luahan hatinya yang tak puas hati akan apa yang berlaku.
Menurut Aliff, punca dia merasa terhina adalah kerana lagu Biar Apa Orang Nak Kata tersebut sepatutnya dinyanyikan separuh bersama rakan-rakan yang lain. Tetapi lagu tu tak sampai separuh pun dapat dinyanyikannya dan perkara ni membuat Aliff berasa sangat terhina.
Bagi Datuk Aliff, kalau dia tahu perkara macam ni akan berlaku, lebih baik dia langsung tak buat performance pada malam tersebut. Aduhai!
https://www.instagram.com/p/BqUuzMmgSdm/
“Dah dato’… lepas ini tak payah sponsor dah… kalau macam ini mereka nak buat kat dato’…” – Sajat
Apa yang menimpa Datuk Aliff ni telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan jutawan kosmetiknya seperti Sajat dan Dato’ Seri Vida. Dorang berdua nampaknya sokong kalau Datuk Aliff jangan sponsor program terbitan Astro lagi sebab dah serik dengan apa yang berlaku.
Apa-apapun diharapkan isu Datuk Aliff dan pihak GV serta Astro ni janganlah dikeruhkan lagi. Kalau ada apa-apa masalah dan rasa tak puas hati, elok berbincang dan selesaikan dengan baik.
Admin gerenti ramai yang rindukan keletah Aliff kat GV kan?
Baca: “Bijak tak bererti boleh condemn orang” – Isteri Aliff Syukri Sentap Dengan Teguran Dr Amalina?