in

“Saya baru pulang oversea” – DSV Tak Tahu KPDN Sita Produk ‘Salted Egg Salmon Skin’

Salted Egg Skin Vida Halal Tak Sah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak telah melakukan satu serbuan terhadap satu premis produk makanan ringan yang terkenal di Kawasan Industri Jelapang.

Dalam serbuan itu, KPDN telah merampas satu produk makanan ringan yang laris terjual secara dalam talian iaitu Salted Egg Salmon Skin yang berjumlah RM88,582.50 kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah.


Dalam perkembangan lain, Kosmo! melaporkan usahawan Datuk Seri Vida (DSV) terpinga-pinga ketika ditanya tentang serbuan ke atas premis perniagaan miliknya.

Artikel berkaitan: “Laris dijual dalam talian” – KPDN Sita Produk ‘Salted Egg Salmon Skin’, Guna Logo Halal Tak Sah

Artikel berkaitan: “Sampai hati sokong Korea”- Wajah Sama Macam Penyokong Korea, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Cik B Sakat DSV

Salted Egg Salmon Skin Logo Halal Tidak Sah

Menurut DSV atau nama sebenar, Hasmiza Othman, 53, dia mendakwa baru pulang dari luar negara dan tidak mengetahui tentang perkara itu.

“Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea.

“Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini,” katanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu I Am Me itu bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa andai benar ada melakukan kesalahan.

“Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.

“Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menurut KPDN, jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.