in

“Saya anggap semuanya gurauan” – Ramai Minta Nasihat Poligami Daripada Aslam?

syaz ft 2025 07 24T120416.388

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun lalu, kecoh di media sosial apabila pempengaruh, Ahmad Aslam berpoligami dengan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania meskipun usia masih muda.

Aslam atau nama sebenarnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid yang baru berusia 25 tahun mengakui hidup berpoligami ini sangat sukar.


“Susah, sebenarnya agak susah. Saya tidak boleh ulas lebih dan terperinci. Saya bimbang perkara ini membabitkan sensitiviti banyak pihak,” katanya.

Dalam laporan Berita Harian, difahamkan Aslam dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan ditemui ketika majlis pelancara produk Wawa Cosmetics di mana mereka menjadi wajah untuk produk tersebut.

Artikel berkaitan: Mahkamah Sahkan Status Pernikahan Marissa Dania & Aslam Selepas Setahun Berkahwin

Artikel berkaitan: “Dari awal kes kantoi aku dah lemp*ng” –  Suami Abby Abadi Dedah Pernah Beri Amaran Kepada Aslam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Umisya Mzln (@umisyamazlan)

Sebagai info, Aslam mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020 kemudian, pasangan itu pernah bercerai pada September 2023, sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh edah.

Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang lahir pada 17 Februari lalu. Dia kemudiannya bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

“Sebenarnya, sampai saat ini saya cuba yang terbaik dalam setiap sudut. Apa yang tidak boleh, saya tetap usaha. Masih banyak yang saya perlu perbetulkan,” katanya.

Aslam mengaku ramai pengikut meminta nasihat daripadanya mengenai hidup berpoligami setiap kali membuat siaran langsung atau live di platform media sosial.

“Ramai yang minta nasihat (poligami), tetapi, saya anggap semuanya gurauan dan lazim, saya tidak balas mesej langsung (DM),” katanya.

Dalam pada itu, Aslam mengakui dirinya kurang selesa apabila sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun, dia bersyukur Allah membuka pintu rezeki dalam lapangan baharu seperti menjadi jurucakap kempen produk.

Sumber: Berita Harian

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.