in

“Saya anggap mama sebagai semua” – Cik B Akui Trauma Dengan Lelaki, Dedah Tak Berhubung Dengan Bapa Kandung

Cik B Tak Rindu Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ada beberapa kontroversi yang melanda, hal hubungan antara usahawan terkenal Datuk Seri Vida dengan anak-anaknya perlu kita puji.


Seperti yang ramai ketahui, Datuk Vida merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Cik B dan Kacak sejak mereka kecil.

Cik B baru-baru ini ada meluahkan isi hatinya menerusi satu sesi podcast mengenai kisah di sebalik kehidupan sebenarnya.

Dalam sedutan podcast yang dimuat naik oleh myaudioplus, Cik B menyatakan dia masih trauma dengan lelaki kerana bapa kandungnya. Dia juga mengakui tidak pernah merindui bapanya itu walaupun lelaki itu pernah cuba menghubunginya.

Artikel berkaitan: “Dark betul tu” – Ramai ‘Touching’ Dengar Ucapan Selamat Hari Bapa Cik B Dekat Datuk Vida

Artikel berkaitan: “Lebih baik tak payah jumpa” – Dato’ Vida Tak Pernah Halang Anak-anak Jumpa Bapa, Bimbang Keselamatan Cik B & Kacak

Snapinsta.app 395306326 367542489035805 7575975021906186724 N 1080

 

Bagi Cik B, ibunya merupakan seorang wanita yang hebat. Bukan sahaja berperanan sebagai ibu, Datuk Vida juga turut menjadi ayah, kakak dan kawan baiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

“Mama ni dia pegang tanggungjawab ayah dalam keluarga saya. Jadi mama adalah saya punya ayah, mak, kakak dan besties.

“Memang saya anggap mak saya itu sebagai semua, ayah saya. Saya tak bersama ayah sejak kecil, umur 2,3 tahun macam tu… Saya jumpa dia pun memang macam meminta.”

Disoal sama ada masih berhubung dengan bapa ataupun tidak, Cik B berkata, mereka sudah tidak berhubung.

“Dia ada dm dekat saya di Instagram. Tapi saya rasa macam orang akan cakap dia tetap ayah kita apalah… Tapi betul dia tetap ayah. Kalau berhubung memang tiada perbualan. Waktu besar baru dia cari.

“Saya tak ada perasaan rindu semua tu. Saya rasa macam trauma dengan dia. Trauma dengan lelaki,” luahnya.

Sebak dengar luahan Cik B ni…

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.