in

“Saya akur, saya bod*h” – Tinggalkan Anak Dengan ‘Helper’, Dr Say Shazril Mohon Maaf

Syaz Ft 2024 11 22T170917.497

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, doktor selebriti, Dr Say Shazril menerusi media sosial miliknya mendedahkan tindakan kejam pembantu rumahnya terhadap anaknya ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan pembantu rumahnya yang merupakan warga Filipina itu menggoncang bayi Dr Say dengan begitu agresif dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.


Artikel berkaitan: Dr Say ‘Expose’ Bibik Kasari Anak, Netizen Persoal Tindakan Tinggalkan Anak Ketika ‘Outstation’ Dengan Isteri

Artikel berkaitan: “Baby Zeq tidur kat tengah, dia buat projek” –  Dr Say Bengang Bibik Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah

Pun begitu, tindakan Dr Say dan isteri yang meninggalkan anak-anak mereka dengan pembantu rumah mendapat kecaman hebat daripada netizen, susulan itu doktor selebriti itu menerusi laman media sosialnya membuat permohonan maaf selain menerima teguran daripada netizen.

@say_shazril0

Atas kelalaian sy. Banyak kecaman, nasihat & teguran yg sy terima & sy terima dengan hati terbuka untuk sy perbaiki diri sy. Sy bernasib baik anak sy tiada kecederaan atau kecacatan kekal & sy hargai setiap kata2 anda semua. Terima kasih sekali lagi atas teguran anda semua & again my sincerest apology for the mistakes that i have done.

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

“Saya terima kecaman, teguran, nasihat anda semua, dan saya akur yang saya bodoh sebab mudah percayakan orang lain dan saya sepatutnya buang terus maid Filipina tu pada kejadian lepas.

Sebab sebelum insiden itu, saya tengok dia baik. Tak pernah minta keluar rumah langsung pada hari cuti,” katanya.

Dr Say berkata dia sudah pun memberhentikan wanita tersebut dan memulangkannya semula kepada pihak agensi.

Malah, dia juga baru mendapat tahu bahawa pembantu rumahnya itu pernah menyamakan hidung anaknya itu dengan babi selain mencubit dan berlaku kasar terhadap anaknya itu.

Harap jadi pengajaran buat semua…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.