in

“Saya akan tampil sebagai saksi demi keadilan mangsa”- Saksi Kongsi Detik-detik Ketika Kemalangan Akibatkan 2 Remaja Maut

saksi kejadian kemalangan langgar lampu isyarat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal telah berlaku di Jalan Persiaran Senawang 1, Seremban sehingga menyebabkan dua orang mangsa yang menaiki motosikal iaitu dua orang remaja telah meninggal dunia.

Terkini, saksi kejadian tersebut telah tampil menceritakan detik-detik kemalangan tersebut menerusi TikTok.


Saksi yang dikenali sebagai Edy Noor Reduan telah mengatakan dia bersedia untuk menjadi saksi kerana dia melihat sendiri kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya.

Difahamkan, ketika kejadian, dia sedang memandu keretanya dan dia berada di posisi paling hadapan ketika di kawasan lampu isyarat tersebut.

Dia menjadi saksi bahawa motosikal yang terbabit dalam kejadian tersebut sememangnya mengikuti undang-undang jalan raya kerana motosikal itu bergerak keluar setelah lampu isyarat di laluannya bertukar hijau.

@edynoorreduan

Katanya nak tuntut keadilan buat adiknya? Maaf saya lambat tampil, tapi saya sedia jadi saksi kerana saya nampak segalanya.. kelajuan, dentuman, letopan, kebakaran dan …

♬ Last Hope – Steve Ralph

Artikel Berkaitan: Sebabkan 2 Remaja Maut Lepas Langgar Lampu Isyarat, Pemandu Honda Jazz Tiada Lesen Memandu – Polis

Artikel berkaitan: Ibu Bapa & Murid Tergamam, Lori Hilang Kawalan Rempuh 13 Kenderaan Depan Sekolah

Dia turut mengatakan bahawa kereta tersebut melanggar lampu isyarat berwarna merah dan kereta tersebut dipandu dengan sangat laju.

Pada mulanya, dia tidak mahu mengulas tentang kejadian tersebut kerana trauma setelah melihat sendiri kecederaan parah yang dialami oleh mangsa-mangsa yang maut akibat kemalangan berkenaan.

Namun, dia memutuskan untuk berkongsi kejadian itu di TikTok setelah melihat kakak kepada pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat itu mengatakan dia mahu menuntut keadilan untuk adiknya sedangkan adiknya itu tidak berhenti ketika lampu merah sehingga melanggar dua buah motosikal.

Sumber: TikTok @edynoorreduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.