in

Satu Universiti Kena Pindah Kerana Sangka Terbau Gas Bocor, Rupa-rupanya Bau Durian!

Guess Which Fruit Sent A Library Into Lockdown World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang Malaysia manalah yang tak suka dengan durian, si Raja Buah yang baunya memang agak tengik sikit tapi rasanya ummmm menjilat jari! Tapi itu bagi orang Malaysia lah. Kalau Mat Salleh, dorang agak anti sikit dengan durian ni sampaikan satu universiti kena pindah gara-gara bau buah durian yang menusuk hidung!

Giphy 21

Menurut NST, semua staf dan pelajar dekat perpustakaan di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) University terpaksa dipindahkan kerana sangka mereka terbau gas bocor. Pihak bomba lengkap memakai alat pernafasan kemudian dipanggil untuk menyiasat situasi tersebut dan apa yang menyebabkan bau pelik tu tersebar ke satu library.


600 orang kena pindah takut terkena bau kimia

Berikutan kejadian ni, seramai 600 orang pelajar dan staf kemudian dipindahkan oleh Victoria Police selepas aduan diterima dalam jam 3 petang sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu kalau satu bangunan tu dah penuh dengan bau kimia yang agak berbahaya kan.

Rmit Melbourne 800
gambar hiasan

Selepas pihak bomba membuat siasatan ke seluruh bangunan, mereka akhirnya menjumpai sumber bau yang disangka gas bocor tetapi sebenarnya…

Berasal dari buah durian!

Buah durian tu pulak dikatakan dah terbiar dalam sebuah almari sampai ia bertukar jadi busuk. Cheh ini sapa punya kerja ni! Buat apa simpan durian dalam library pastu sorok pulak dalam almari. Saje nak prank budak U Melbourne kee? 

Giphy 1 11

Buah durian yang kini dikenali sebagai buah terbusuk dalam dunia telah dilarang daripada dibawa masuk ke dalam subway dan kapal terbang di seluruh dunia, termasuklah di hotel-hotel di Malaysia. Bagi mereka yang tak tahu, buah durian ni ada ketahanan selama tiga ke enam hari kalau disimpan dalam suhu bilik. Dan… bagi buah ni untuk keluarkan bau macam gas bocor, rasanya mesti ia dah tersimpan dalam almari buat jangka masa yang sangaaaaat lama! Duhh siapalah yang perap buah durian dalam almari tu…

Bau tersebar melalui air cond

Menurut Pasukan Bomba Metropolitan, bau busuk telah tersebar ke seluruh bangunan menerusi air cond dalam bangunan tersebut. Namun nasib baiklah sekitar jam 6 petang bangunan tu dah dibuka semula kepada umum dan pihak bomba pun pulang lepas kes selesai.

Lepas kejadian ni berlaku, gerentilah pelawat boleh nampak sign ni ditampal besar-besar dekat depan pintu library RMIT.

Images
gambar hiasan

Siapalah punya angkara agaknya ye, tinggal buah durian dalam almari. Kalau tak suka durian, cer bagi kat admin. Kejap je admin habiskan! 

Baca: “Kombang tekak den!” – Resepi Telur Hancur Campur Durian Ahmad Maslan Dikritik 

Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.