in

“Satu sahaja didunia” – Pesawat Terbesar Di Dunia Antonov AN-225 Milik Ukraine Didakwa Musnah Diserang

Pesawat Antonov An 225 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pesawat terbesar di dunia Antonov AN-225 milik Ukraine yang memiliki penjang 88 meter serta lebar sayap sepanyang 86 meter dan digunakan sebagai pesawat kargo pengangkutan udara strategik telah dilaporkan musnah dalam serangan yang dilakukan oleh Russia baru-baru ini.

Berita kemusnahan satu-satunya pesawat jenis ini disahkan oleh Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di twitter yang secara tidak langsung membuatkan ramai pihak dalam industri penerbangan bersedih dan terkejut.


Dinamakan sebagai ‘Mirya’ yang bermaksud impian, pesawat kargo berkenaan difahamkan disimpan di salah sebuah lapangan terbang di Kyiv semasa diserang Russia namun, belum ada laporan pihak ketiga mahupun media bebas mengenai ‘kemusnahan’ pesawat tersebut.

Fmot9Msxiaazlvo

Menurut tweet yang dibuat oleh syarikat Antonov, mereka belum mendapat mengesahkan keadaan pesawat berkenaan dari segi teknikal dan masih belum dinilai oleh pakar dan difahamkan pihak Ukraine akan cuba membaikpulih pesawat tersebut yang dianggarkan bernilai 3 billion (USD) dan akan meminta pihak Russia membayar ‘gantirugi’ tersebut.

Selain kos yang tinggi tersebut, dianggarkan tempoh untuk membaiki pesawat tersebut akan mengambil masa sehingga 5 tahun dan ini jelas akan menjejaskan sektor kargo udara dan penerbangan Ukraine.

An225

Untuk rekod, pesawat ini telah diletakkan di lapangan terbang tersebut sejak 24 Februari untuk tujuan penyelengaraan. Walaupun telah mendapat kebenaran untuk terbang dan ‘lari’ ketika serangan berlaku, jurucakap Antonov mengatakan bahawa pesawat tersebut tidak dapat berbuat demikian kerana salah satu enjin telah dibuka untuk diselenggara.

Pesawat ini telah direka oleh Biro Reka Bentuk Antonov di SSR Ukraine dalam Kesatuan Soviet sekitar tahun 1980-an dan setakat ini, hanya gambar kebakaran dan kemusnahan hangar tempat menyimpan kapal terbang berkenaan yang sedang terbakar sahaja yang diperoleh dari satelit  menjadi sumber selain pengumuman tentera Russia yang mendakwa telah menawan lapangan terbang Hostomel, di mana AN-225 berada, pada hari Jumaat. 

Sehingga hari ini, Mriya kekal sebagai pesawat paling berat pernah dibina dan merupakan pemegang rekod lebar sayap terbesar dari mana-mana kapal terbang dalam perkhidmatan operasi. 

Img 1514

AN-225 ini juga sering digunakan untuk membantu menghantar bantuan pengangkutan udara semasa krisis di negara lain. Sebagai contoh, selepas gempa bumi Haiti 2010, ia digunakan untuk menghantar bekalan bantuan ke Republik Dominika dan terbaru, semasa awal pandemik Covid, ia turut digunakan untuk mengangkut bekalan perubatan ke kawasan yang terjejas.

Baca : Enggan Menyerah, Askar Ukraine Suruh Kapal Perang Rusia ‘Pergi Mampus’ Sebelum Terkorban Dikurniakan Gelaran Wira

Ukraine

Sumber: Twitter
Sumber: OpIndia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.