in

Sarat Dengan Inspirasi & Pengajaran, Ini 8 Filem Lama & Baru Yang Bertemakan Guru

Feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, keputusan SPM 2020 telah pun diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mendapat result. Berapa pun A yang korang dapat, jangan lupa ucap terima kasih kepada guru dan rakan yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan selama ini. 

Tanpa guru, siapalah kita. Jadi, untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada para pendidik kita, kali ini kami nak share dengan anda lapan filem best bertemakan guru.


#1 The Teacher’s Diary 

Filem dari Thailand ini mengisahkan tentang seorang guru lelaki iaitu Song yang pada awalnya tak ada plan pun nak jadi cikgu. Dia hanya berhasrat untuk menjadi cikgu pendidikan jasmani namun disebabkan jawatan tu dah penuh, dia terpaksa terima tawaran untuk berkhidmat di sekolah di bot yang agak usang.

Cikgu 1

Di situ, dia telah menemui sebuah diari seorang guru perempuan yang telah berkhidmat sebelum dirinya.

Diari tersebut kemudiannya telah menjadi peneman Song sepanjang berkhidmat di sekolah atas air itu. Adakah kedua-dua cikgu ni akan bertemu? Kalau nak tahu, kena lah tengok filem ni sampai habis.

#2 Matilda 

Filem Matilda ini pula diadaptasi dari novel karya Roald Dahl pada tahun 1996. Ia berkisar tentang kehidupan seorang kanak-kanak perempuan bernama Matilda yang genius dan mempunyai kuasa luar biasa.

Walaupun genius, kelebihannya itu tak disedari oleh ibu bapanya sebab Matilda diabaikan oleh keluarga sendiri.

Cikgu 2

Disebabkan ibu dan ayahnya enggan hantar Matilda ke sekolah, macam-macam dia buat semata-mata nak pujuk mereka. Jadi, satu hari, ayahnya bersetuju bagi dia ke sekolah dan disitu lah dia berjumpa dengan cikgu barunya iaitu Miss Honey.

Nak tahu apa kesudahan kanak-kanak genius ni dengan gurunya, boleh lah tonton filem ini pada hujung minggu ini.

#3 Adiwiraku 

Filem ini pula kebanggaan negara kita sebab ia merupakan filem Malaysia! Berdasarkan kisah benar, ia berkisar tentang seorang guru wanita iaitu Cikgu Cheryl yang mengajar di sebuah sekolah di kawasan kampung. Dia telah mengajar pelajarnya untuk lebih yakin dalam menggunakan bahasa Inggeris.

Selain itu, filem ini juga menceritakan tentang cabaran pelajar dan guru berkenaan dalam menyertai pertandingan choral speaking. Ditayangkan pada tahun 2017, filem ini boleh dikatakan masih baru lagi.

Tonton trailer Adiwiraku kat sini.

#4 The School of Rock 

Filem komedi ini pula telah ditayangkan pada tahun 2003 dan ia mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Dewey Finn yang menyamar menjadi seorang cikgu setelah dibuang dari kumpulan muziknya.

Sepanjang berkhidmat di sekolah itu, dia telah cuba untuk membentuk sebuah band bersama pelajarnya sebab nak menang pertandingan Battle of the Bands. 

Rasanya ramai yang dah tengok movie ni sebab memang popular waktu dulu-dulu, tapi just in case masih ada yang belum sempat nak tonton, boleh tengok trailer ni.

#5 Laskar Pelangi 

Filem dari novel popular karya Andrea Hirata ini pula telah menemui penonton pada tahun 2008. Walaupun filem ini filem negara jiran kita, Laskar Pelangi turut menjadi pilihan masyarakat Malaysia sebab filem Indonesia jarang mengecewakan.

Cikgu 3

Mengisahkan tentang sebuah sekolah yang kekurangan murid di Pulau Belitung. Jika cikgu-cikgunya tak nak sekolah tu ditutup, mereka perlu pastikan bahawa ada sekurang-kurangnya 10 orang murid di sekolah tersebut.

Penonton juga dapat saksikan bagaimana tulusnya hubungan guru dengan para pelajar dalam filem ini. Movie ni memang akan buat kita rasa bersemangat untuk belajar dan kejar cita-cita.

#6 Taare Zameen Par 

Filem dari Bollywood yang diterajui oleh Aamir Khan ini pula menceritakan tentang Ishaan iaitu kanak-kanak berusia 8 tahun yang sebenarnya mengalami disleksia.

Namun, keadaannya itu tidak disedari oleh ibu dan ayahnya yang kecewa sebab mereka ingatkan Ishaan tak minat belajar.

Cikgu 4

Namun, Ishaan mula bertambah baik dengan kehadiran cikgu pendidikan seni iaitu Ram Shankar Nikumbh di sekolahnya. Teknik mengajar cikgu baru itu telah membantu Ishaan untuk mengenal pasti kelebihan dirinya yang tak ada pada orang lain terutamanya dalam bidang seni.

Untuk korang yang belum tonton movie ini atau nak tengok balik, boleh tengok filem ini di Netflix.

#7 Not One Less 

Filem yang telah menemui penonton pada tahun 1999 ini pula berkisar tentang seorang gadis 13 tahun yang menjadi guru ganti sebab guru sebenar terpaksa bercuti selama sebulan untuk menjaga ibunya yang sakit.

Cikgu 6

Sebagai guru ganti, gadis itu akan mendapat 50 yuan namun cikgu itu berjanji akan memberi extra 10 yuan jika dia berjaya pastikan tiada pelajar yang lari sepanjang tempoh sebulan.

Namun, pelajar-pelajar di situ tak berapa hormatkan cikgu ganti sebab dorang tak percaya ada cikgu yang semuda tu. Adakah dia mampu bertahan? 

#8 Dead Poets Society 

Mengisahkan tentang seorang guru lakonan Robin Williams yang mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah berasrama lelaki.

Cikgu 5

Dia telah mengajar pelajar-pelajarnya untuk melihat sesuatu dengan perspektif berbeza melalui seni penulisan puisi.

Lepas tengok filem-filem ni, baru tahu betapa susahnya nak jadi pendidik ni. Jadi, jangan lupa jasa guru-guru yang telah mendidik kita tau. Terima kasih cikgu! 

Sumber: Bright Classroom Ideas, The Hollywood Reporter

Baca: 14 Filem Hebat Tentang Manusia Genius Yang Anda Boleh Tonton di Hujung Minggu

Genius

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.