in

“Sape suh jadi perempuan” – Lelaki Transgender Jadi Mangsa Samun Warga Bangladesh Tapi Ditertawakan Netizen

transgender samun

Seorang remaja transgender berusia 17 tahun telah menjadi mangsa samun baru-baru ini di Kampung Gambut, Punggai, Pengerang. Menurut Harian Metro, remaja itu telah disamun oleh lelaki warga Bangladesh kita-kita jam 5 petang sewaktu mereka berdua keluar bersama.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, mangsa dan suspek dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui aplikasi sembang sosial MiChat. Ketika kejadian, mangsa dikatakan menemani lelaki berusia 30-an itu untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di Bandar Penawar.

Bagaimanapun mangsa disamun di tepi jalan Kampung Gambut menyebabkan kerugian lebih RM200 termasuk wang tunai dan telefon bimbit.”

Mangsa turut mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan akibat dipukul suspek.”

cian

Sebelum ini, viral gambar mangsa di media sosial dengan cerita palsu mengatakan dia diculik dan telah berlaku cubaan rogol. Bagaimanapun, pihak polis telah menafikan kejadian tular tersebut.

Siasatan mendapati mangsa adalah seorang lelaki berperwatakan wanita dan mengenali suspek menerusi aplikasi MiChat.”

Melalui komen di Facebook, ramai yang mentertawakan mangsa dan menyalahkannya kerana memilih untuk menjadi wanita selain turut memerlinya agar ‘berubah’.

Bagaimanapun, ada yang turut bersimpati serta mengkritik tindakan segelintir netizen yang anggap isu ini tidak serious. Kata mereka seharusnya lebih fokus tentang isu ini sebagai kes jenayah bukan kes lelaki itu memilih untuk menjadi wanita.

perli

kesian 1

Polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shukor Ismail di nombor 011-10823779.”

Baca: “Tolong cari sampai dapat!” – Wanita Parah Disamun Penjenayah, Alami Kecederaan Patah Tulang Hidung & Retak Tulang Pipi

kes ragut

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook