in

“Sapa pandai CPR?” – Bayi 7 Bulan Disahkan Meninggal Dunia, Kenderaan Terhumban Masuk Air Di LPT2

Ft Bayi 7 Bulan Meninggal Dunia

Tular di media sosial satu video menyayat hati apabila satu keluarga terlibat dalam kemalangan di Kilometer 372, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, petang semalam.

Dalam video tersebut, dilihat ada wanita merayu meminta pertolongan orang ramai jika ada di antara orang awam yang boleh membuat CPR untuk bayi tersebut, lebih menyayat hati lagi dilihat bayi itu diangkat dari kakinya ke atas sambil ditepuk pada belakang badan.

Artikel Berkaitan : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Artikel Berkaitan : Bapa Lupa Hantar Ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Dalam Kereta

Walau bagaimanapun, amatlah mendukacitakan apabila difahamkan mangsa yang merupakan bayi berusia 7 bulan itu disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Maizura Abdul Kadir berkata bayi yang bernama Mohammad Adam Rayyan Abdul Rahim itu disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu, kira-kira jam 12.25 tengah hari ini.

Bercerita mengenai kejadian, Maizura mengatakan bahawa mangsa menaiki pacuan empat roda yang dipandu Mohammad Taufik Babge, 34, bersama isteri, Hamizah Mustapha, 35, serta dua lagi penumpang lain iaitu, Nik Muhammad Ariff Al-Iman Nik Mohd Azmi, 20 dan Faresh Rayyan Abdul Rahim, 11.

Kata Maizura lagi, mereka dalam perjalanan dari arah Ajil menghala ke Kuantan.

“Kesemua mereka yang menaiki kenderaan itu dipercayai dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk pulang ke Pengerang, Johor.”

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai melanggar lopak air yang menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang lebuh raya.”

Katanya, disebabkan itu, kenderaan mereka terjatuh di tebing yang dipenuhi air.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam kenderaan itu bagaimanapun diselamatkan oleh pengguna lebuh raya yang melalui kawasan itu.”

“Mohammad Taufik cedera di kedua-dua belah kaki, Hamizah cedera ringan di bahagian kaki dan dada manakala Nik Muhammad Ariff Al-Iman dan Faresh Rayyan cedera di bahagian dada.”

“Mohammad Adam Rayyan kemudiannya dihantar ke HSNZ dan disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan hari ini. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Jelasnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber : Buletin TV 3, X