Tindakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang mencuri perhatian rakyat sehinggakan ia viral dan menjadi topik hangat dibualkan sejak semalam.
Melalui foto yang kini sudah viral, beliau dilihat memakai pakaian kasual dan berkasut sukan tanpa diiringi mahu pun disambut meriah. Gayanya yang santai dan bersahaja membuat netizen teruja dan memuji inisiatif beliau untuk meninjau keadaan di hospital serta meluangkan masa bersama staf tanpa protokol.
“Teringat dulu beliau datang tanpa pengumuman atau rombongan”
Susulan cerita itu tular di media sosial dan hangat diperkatakan, atlet renang negara, Pandalela Rinong turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pengalamannya dan sikap Khairy yang diingati sehingga sekarang.
Melalui Twitter peribadinya, Pandalela berkata dia masih ingat detik di mana Khairy Jamaluddin pernah datang ke kolam renang untuk menonton perlawanan, tanpa pengumuman atau rombongan. Malah menurut Pandalela, beliau hanya duduk santai di kerusi penonton biasa tanpa iringan atau dikawal ketat.
Beliau datang ke kolam tanpa pengumuman atau rombongan, hanya dengan santai menyaksikan pertandingan menyelam di tempat duduk penonton biasa.”
I still remember YB @Khairykj came to the pool without any announcement or entourage, just casually watching diving competition at the normal spectator seat. https://t.co/9OBiNPd84r
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) September 18, 2021
“Sebab inilah kita perlukan pemimpin muda” – Netizen
Perkongsian Pandalela mendapat respon positif daripada pengguna Twitter yang lain di mana rata-ratanya menyenangi dan memuji tindakan Khairy. Seorang netizen berkata beliau adalah seorang ahli politik yang sesuai untuk mana-mana jawatan kementerian serta berharap Khairy menjadi Menteri Pendidikan.
Sejak dilantik menjadi Menteri Kesihatan, nama Khairy Jamaluddin menjadi sebutan beberapa kali di media sosial disebabkan inisiatif dan usahanya dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.
Baca: Lawatan Mengejut KJ Ke Hospital Kajang Dapat Reaksi Positif Orang Ramai