in

“Sanggup ubah dokumen kalau diminta?” – Netizen Dedah Pengalaman Temuduga Tabung Haji

Tabung Haji Theedgemarkets 0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh seluruh negara apabila Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis selepas mengesyaki dana sebanyak RM22 juta digunakan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik.

Sebanyak dua laporan telah dibuat melibatkan Yayasan TH dan beberapa pegawai tertinggi agensi berkenaan.


Siasatan dalaman pertama TH

Menurut Bernama, ia merupakan siasatan dalaman pertama TH melibatkan transaksi terdahulu, sejak pengurusan baru dilantik pada Julai 2018.

Laporan itu dibuat terhadap bekas pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Lebih Rm22 Juta Dana Tabung Haji Untuk Politik Semasa Mstar
sumber: mstar

Kongsi pengalaman kakak ditemuduga

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter sempat menulis di akaunnya pengalaman kakaknya yang pernah menghadiri temuduga bersama TH untuk jawatan Eksekutif Undang-Undang.

Walaupun mengaku kakaknya ada sedikit attitude, tapi soalan daripada temuduga tu merisaukan mereka.

Tabung Haji 4
sumber: twitter

Antara soalan dibincangkan termasuk arahan untuk mengubah maklumat dalam dokumen jika diarahkan oleh bos.

Tabung Haji 2
sumber: twitter

Memanglah mereka yang bekerja dengan undang-undang ni berdepan dengan pelbagai risiko. Tapi kalau dah jadi begini, macam mana ye?

Tabung Haji 3
sumber: twitter

Risau dengan situasi kakaknya, mereka membuat keputusan untuk melupakan temuduga itu.

Baguslah kalau dapat mereka yang ada integriti dan rasa tanggungjawab macam ni. Tapi macam mana ye kalau ada orang yang terpaksa ikut arahan juga dan tak ada pilihan lain?

Baca: Lebih RM1.2 Juta Dirampas Dari Kediaman Pengerusi Tabung Haji

Tabung Haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.