in

“Sanggup stay Sabah 31 tahun” – [VIDEO] Pelajar Sebak ‘Guru Legend BM’ Akhirnya Berpindah

sir baljeet guru bm tawau pindah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman persekolahan boleh dikatakan antara memori terindah yang kebanyakan daripada kita sangat merinduinya.

Selain merindui rakan-rakan pada zaman tersebut, kita juga pasti teringat akan guru-guru yang setia mendidik kita hingga berjaya melangkah ke menara gading.


Selalunya guru yang baik ini pasti akan disayangi ramai, kan? Situasi inilah yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau, Sabah baru-baru ini apabila guru favourite sekolah berkenaan akhirnya bakal berpindah ke sekolah lain.

Menerusi perkongsian di Facebook, sebuah majlis dillihat diadakan untuk meraikan seorang guru yang sangat istimewa di sekolah tersebut kerana telah berkhidmat di sana selama 31 tahun! Fuh lama tu! 

https://www.facebook.com/penangkini/videos/339493448103622/

 

“Bukan senang nak jumpa guru dari Semenanjung sanggup stay Sabah 31 tahun” 

Menerusi kapsyen di video berkenaan, guru yang bernama Baljeet Singh ini katanya mahu berpindah sekolah dekat kampung asalnya di Ipoh, Perak.

Beliau yang mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Sastera ini sangat dipuji oleh anak muridnya kerana ramai yang telah berjaya hasil didikan beliau.

Walaupun garang, tapi semua tahu beliau sangat baik, banyak orang sayang. 

“Kenapa viral cikgu ni? Sebab bukan senang nak jumpa guru dari Semenanjung yang sanggup stay dekat Sabah dengan sekolah yang sama selama 31 tahun.” 

https://www.tiktok.com/@rasyaddddiman/video/7069277344594218267?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

 

“Cikgu yang baik disayangi semua pelajar” 

Video berkenaan yang juga tular di TikTok telah mendapat perhatian netizen yang ikut sama sebak dengan perpisahan antara guru berkenaan dan pelajar di sekolah itu.

Ada juga di kalangan pelajar katanya berharap guru tersebut tidak berpindah kerana tidak sanggup berpisah dengan seorang cikgu yang baik.

cikgu legend

Selamat maju jaya walau di mana cikgu berada! All the best! 

Baca: “Bukan macam ni caranya” – [VIDEO] Viral Cikgu Bakar ‘Handphone’ Pelajar Sekolah Jadi Perbalahan Netizen

api

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.