in

Sanggup Redah Banjir, Abang Grab Bantu Bersihkan Longkang Tersumbat Untuk Surutkan Air

Grab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan bencana banjir kilat di beberapa jalan di ibu kota susulan hujan lebat kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Disebabkan banjir kilat tersebut, banyak kereta yang menjadi mangsa keadaan dan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tersangkut dalam kesesakan disebabkan jalan yang dinaiki air.


Semalam, terdapat satu video tular yang memaparkan seorang penunggang e-hailing yang sanggup meredah banjir semata-mata untuk membersihkan longkang tersumbat di sebuah jalan dipercayai berhampiran Menara TRX.

Artikel berkaitan: Pelajar Luar Negara Terharu Uncle Grab Terima Duit Malaysia Di Singapura

Artikel berkaitan: “Memang Lejen!” – 8 Kisah Viral Abang Grab Sepanjang 2022, Mana Paling Buat Korang Tersentuh?

Video berdurasi 51 saat yang dikongsikan di TikTok oleh Sabarudin Ishak itu telah mengundang pujian ramai yang tidak henti-henti memuji tindakan penunggang Grab tersebut di ruangan komen.

@matbudeenBagus betul abg Grab ni. Terbaik

♬ original sound – sabarudinishak

“Buatlah sekecil-kecil kebaikan… Kerana kita tidak tahu kebaikan yanh mana bakal bawa kita ke syurga,” kata Nik.

“Besar pahala abang Grab tu,” kata Amri.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan brader grab tu dunia akhirat, amin,” kata Noura.

Menurut komen pengguna tersebut lagi, abang Grab tersebut kemudiannya berganding tenaga dengan polis untuk membantu pula kenderaan lain yang terkandas.

Terbaiklah abang Grab!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.