Sejak kecil kita diajar untuk sayang dan hormati kedua ibu bapa kita. Walau seburuk mana pun mereka, tetap harus kita patuhi. Tanpa mereka siapa lah kita, tanpa mereka tiada kita di dunia ini. Bila sudah besar, jangan lupa untuk membalas jasa mereka membesarkan kita dan jagalah mereka bagai menatang minyak yang penuh seperti yang mereka lakukan sewaktu kita masih kecil.
Terbaru, screenshot perbualan seorang anak dan ayahnya menjadi viral dan membuatkan ramai orang terkejut. Tergamak si anak menggelar ayahnya sendiri ‘bodoh’ hanya kerana tidak memberinya wang dan jijik dengan wang dari hasil titik peluh ayahnya sendiri :'(
‘Jadi bapak tu tegas lah sikit bodoh’
Baca screenshot yang di post sendiri oleh si anak di laman Facebook miliknya….
‘Boy bukan anak ayah’
‘Boy jijik lah dengan duit ayah’
‘ Ayah angkuh… Ayah yang bodoh…’
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Hargai lah ayah anda selagi nyawa mereka masih ada. Mungkin dia pergi dulu, atau mungkin kita. Tiada siapa tahu. Jangan menyesal suatu hari nanti kerana tidak sempat membalas jasa dan memohon ampun dari mereka.