Tindakan majikan dari sebuah kilang sarung tangan di Perak yang sanggup membenarkan pekerjanya yang merupakan individu dalam pengawasan (PUS) hadir bekerja ini terbongkar apabila mereka dikesan dalam Ops Covid-19 yang dijalankan di kilang-kilang di daerah Taiping.
Operasi itu diketuai oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, beliau berkata tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah membuatkan kilang tersebut dikenakan kompaun RM10,000 dan RM2,000 kerana membenarkan pekerja terbabit masuk ke kawasan premis berkenaan, lapor Kosmo!
Ini kerana tindakan itu telah merisikokan pekerja lain dengan jangkitan Covid-19 sedang tinggi. Menurut Mior Farid lagi, kilang tersebut juga dikenakan kompaun lagi RM10,000 selepas didapati kehadiran pekerja melebihi 60 peratus.
“Semakan rekod MySejahtera mendapati pekerja itu merupakan individu yang dikatakan suspek dan berisiko tinggi (jangkitan Covid-19) di mana dia sepatutnya tidak dibenarkan bekerja.”
Beliau menyifatkan bahawa tindakan pemilik premis ini sangat tidak bertanggungjawab.