Perkauman atau xenofobia merupakan satu perasaan benci yang sangat kuat terhadap kaum lain atau orang luar negara.
Seorang pempengaruh dari Australia dikenali sebagai Jazmyn Jennings menerusi TikTok miliknya menceritakan orang Malaysia berhadapan dengan xenofobia dan sering menjadi mangsa perkauman oleh rakyat Korea Selatan.
Artikel berkaitan: Kongsi Gambar Berjaya Tawan Gunung Kinabalu, Instagram Pelakon Korea Selatan Lee Min-ki Dibanjiri Komen Peminat Malaysia
Artikel berkaitan: Usia Bukan Penghalang, Nenek-nenek Korea Selatan Tubuh Kumpulan Muzik Rap
@jazmynjenningss I know having this conversation won’t win me many Korean friends but xenophobia and colourism are the two biggest downfalls of Korean society. People die because of this discrimination and there still aren’t any laws to protect anyone. #storytime #koreanstorytime #korea #southkorea #koreanworkingholiday #workingholiday #dewyskin #koreanskincare
Menurutnya, rakyat Malaysia di Korea Selatan ditindas serta diabaikan meskipun mempunyai kebolehan serta skil yang tinggi.
“Saya pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran dan rakan sekerja saya adalah orang Malaysia, pada ketika itu saya tidak tahu xenofobia adalah masalah di Korea Selatan.
Cara dia dilayan sangat berbeza berbanding saya, bahasa Korea-nya jauh lebih bagus dari saya kerana dia merupakan pelajar universiti di sini, selepas mereka mengetahui dia orang Malaysia, mereka terus tidak mahu bercakap dengannya,” katanya.
Dia juga berkongsi ada satu insiden di mana dia dan kawan Malaysia-nya itu menggunakan perkhidmatan teksi di situ tetapi pemandu tersebut enggan bercakap dengan dia walaupun kawannya itu jauh lebih fasih berbahasa Korea.
“Restoran tersebut (tempat mereka kerja) sangat teruk, kawan saya itu pernah dimaki hamun, pernah dibaling dengan tuala oleh pelanggan, walaupun kerja saya tidak sebagus dia namun saya dilayan dengan baik hanya kerana saya orang putih,” kongsinya lagi.
Namun, wanita itu berkata xenofobia ini lebih teruk di kalangan warga Korea Selatan yang lebih berusia dan dia secara peribadi merasakan perkara itu amat menjijikkan.
Sumber: TikTok