in

“Sangat kasar & ‘intimidating’!” – Dolla Diganggu 3 Lelaki Mengaku Polis, Siap Minta IC!

Dolla Diganggu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, wanita umumnya terdedah dengan pelbagai ancaman terutamanya daripada individu yang mengambil kesempatan atas kelemahan kaum hawa itu.

Terbaru, penyanyi pop berkumpulan ternama tempatan Dolla menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan detik cemas apabila dihampiri dan diganggu oleh 3 lelaki yang mengaku diri mereka polis.


Kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel, dan Syasya itu, memberitahu melalui media sosial Twitter bahawa mereka takut menjadi mangsa rompak selepas lelaki-lelaki terbabit memberikan pandangan yang kurang menyenangkan.

Dalam kenyataan tersebut, mereka memberitahu lelaki-lelaki tersebut menghampiri mereka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, kemudian lelaki berkenaan mula menyoal mereka serta meminta untuk melihat kad pengenalan setiap seorang.

“Apa yang mencurigakan, mereka mengaku sebagai anggota polis tetapi tidak menunjukkan kad kuasa. Mereka juga tidak memakai pakaian seragam polis dan tidak menaiki kereta peronda polis.

1303154

Mereka bertanya sekiranya kami orang Malaysia dan memaksa untuk ambil kad pengenalan kami, ambil gambar kad pengenalan dan gambar kami secara senyap tanpa pengetahuan. Kami rasa sangat teraniaya.

Bila Syasya bertanya kenapa tiba-tiba nak periksa kami, seorang daripadanya membalas kasar dengan berkata, kenapa tidak? Mereka adalah polis. Kami bingung dan takut kerana kami tidak lakukan apa-apa kesalahan,” tulisnya lagi.

Selepas itu, kesemua lelaki itu meninggalkan mereka selepas ternampak sebuah kereta berhenti tidak jauh dari situ dan tidak memberi sebarang penjelasan kenapa mereka menyoal siasat kumpulan Dolla.

Pelantun lagu Impikan itu turut menasihati agar wanita di luar sana sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Stay safe ladies! 

Baca: Individu Menyamar Dari Syarikat Tarik Kereta, Taktik Baru Menyamun Tapi Tak Jadi?

Myvi Menyamar Tarik Kereta

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.