in

“Sangat efektif!” – Johan Uji Jalan Di Arafah Selepas Ia Dinaik Taraf, Macam Ada ‘Spring’

Jalan 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu rukun haji adalah berwukuf yang mana para jemaah perlu hadir seketika di Padang Arafah antara ketika gelincir matahari sehingga terbit fajar pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Bagi jemaah haji tahun ini, pasti mereka semua sudah bersedia untuk melakukan rukun haji tersebut.

Oleh sebab jutaan jemaah haji akan berkumpul di Arafah dalam waktu yang sama, kerajaan Arab Saudi telah menaik taraf jalan di sekitar itu.


Arab Saudi dah naik taraf jalan di Arafah

Pengacara dan pelawak dari negara kita iaitu Johan turut diberikan rezeki menjadi tetamu Allah untuk tahun ini dan dia telah berkongsi keadaan jalan tersebut.

Artikel berkaitan: “Kagum saya tengok jemaah Nigeria” – [EKSKLUSIF] Lelaki Kongsi Kisah Jemaah Kayuh Basikal Guna Tangan Dari Mekah-Arafah-Mudzalifah-Mina

Artikel berkaitan: “Di Padang Mahsyar nanti ade ke pakej VVIP ni semua?” – Lelaki Dedah Keadaan Di Arafah Tiap Kali Wukuf, Pakej VVIP Cecah Ratusan Ribu

Menerusi perkongsian oleh @UtusanTV di TikTok, Johan berkata jalan tersebut sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah lutut sepertinya. Kata Johan, jalan di situ seperti ada spring yang tidak akan memberi kesan sakit jika berjalan atau berdiri terlalu lama.

Sangat efektif.. dia macam you ada atas threadmill yang mempunyai spring. Ini kelebihan bila orang macam saya ada ACL (anterior cruciate ligament) dua-dua belah kaki.. so dia adabouncy (melantun di jalan). Apa pun, ini jalan yang Allah dah permudahkan untuk kita dan jemaah yang lain.

Bagi membuktikan jalan itu lain daripada yang lain, Johan telah cuba melompat di jalan yang telah dinaik taraf itu dengan jalan biasa di sebelahnya.

@utusantvofficial

13 JUN 24: Jalan menelan kos 200 juta SR ini mampu mengurangkan suhu permukaan sehingga 10°C. Ia akan digunakan buat kali pertama pada musim haji tahun ini. Jalan tersebut turut dilengkapi sensor bagi tujuan pengumpulan data. 📽UTUSANTV. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #hajj #haji #arafah

♬ Allahumma Labaik – Sabyan

Kos SR 200 juta

Di ruangan kapsyen video itu, jalan tersebut juga boleh mengurangkan suhu permukaan sehingga 10 darjah celcius dan turut dilengkai dengan sensor bagi tujuan pengumpulan data. Teknologi terbaharu yang baru dipasang itu telah menelan kos sehingga SR 200 juta.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja mengetahui tentang teknologi itu.

Jalan 1 1 Jalan 2 1

Alhamdulillah.. selesa untuk jemaah duduk situ.

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.