Kemunculan juara Gegar Vaganza Musim Ke-8, Aliff Aziz di pentas Big Stage 2022 sebagai Juri Juara telah pun menjadi topik hangat dibualkan oleh para netizen di media sosial.
Hal ini kerana dia dikatakan pada mulanya dipanggil hanyalah sebagai juri jemputan, akan tetapi termasuk konsert suku akhir semalam, ia sudah merupakan kali ketiga kemunculannya sebagai Juri Juara. Jadi, timbullah komen tidak senang daripada pihak netizen yang mempersoalkan statusnya sebagai juri di pentas itu.
Salah satunya posting daripada seorang netizen di laman TikTok ini. Perkongsian yang mendakwa Aliff Aziz sebagai ‘anak emas’ pihak Astro ini telah menyebabkan isterinya Bella Astillah tampil untuk memberikan respon.
“Sampainya hati siap hashtag anak emas? Kita ni kalau hati bersih kita tak akan pertikaikan rezeki orang lain,” balas Bella di ruangan komen.
Komen tersebut dilihat berbaur agak kecewa dengan tindakan netizen. Oleh hal yang demikian di laman Twitter, Bella telah pun bertindak untuk memberi penjelasan bagi pihak suaminya.
Walaupun ramai yang mempersoalkan status Aliff sebagai juri di Big Stage, namun masih ada juga penyokong yang bersangka baik dan memberi komen positif kepadanya.
Selain itu, semasa sidang media berlangsung selepas konsert semalam dikatakan status Aliff Aziz sebagai Juri Juara yang tetap telah pun dijelaskan. Kehadiran Han Byul dan Aina Abdul sebagai juri jemputan sebelum ini dijelaskan hanyalah untuk menggantikannya sepanjang Aliff mengerjakan ibadah umrah.
Tak salah untuk kita bersangka baik guys, kalau dah memang rezeki Aliff Aziz apa salahnya kan?
Baca: “Cubalah bersangka baik”- Fazley Tegur Segelintir Netizen Tak Puas Hati Aliff Aziz Juara GV8