in

“Sampaikan salam saya kepada peminat” – Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin Reda Terpaksa Sambut Raya Di Penjara

Eda Ezrin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, reda menyambut Hari Raya Aidilfitri di penjara meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan memiliki lebih 6,000 biji pil kuda.

Difahamkan, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah membebaskan Eda daripada tuduhan berat itu pada 6 Mac lalu.


Namun begitu, beliau masih ditahan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat kerana proses undang-undang masih belum selesai sepenuhnya, lapor Sinar Harian.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah dibebaskan daripada tuduhan berat itu. Tetapi sehingga kini, saya masih belum tahu sama ada pihak pendakwa raya akan mengemukakan rayuan atau tidak.

“Tempoh untuk mengemukakan rayuan akan tamat pada awal bulan depan. Saya berharap mereka tidak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama Menteri Kehakiman Thailand, Leftenan Kolonel Polis Thawee Sodsong.

Menurut Eda, jika semuanya selesai kelak, beliau ingin kembali aktif dalam dunia nyanyian.

“Tolong sampaikan salam saya kepada semua, termasuk peminat,” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: “Berkat Ramadan, doa saya dimakbulkan” – Ibu Eda Ezrin Luah Rasa Syukur

Artikel berkaitan: Eda Ezrin Masih Perlu Berada Di Penjara Jika Pendakwaan Ingin Failkan Rayuan

Eda Ezrin
Eda Ezrin

Terdahulu, Eda, suaminya serta empat lagi rakan mereka ditahan selepas pihak berkuasa Thailand menemui sebanyak 6,059 biji pil kuda dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November tahun lalu.

Namun begitu, selepas perbicaraan selama tiga hari pada bulan Februari, dua panel hakim memutuskan untuk membebaskan mereka kerana mendapati tiada bukti yang kukuh daripada pihak pendakwaan.

Walaupun telah dibebaskan, Eda dan rakan-rakannya masih ditahan semula di penjara untuk memberi ruang kepada pendakwa raya mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah tersebut.

Menurut peguam yang mewakili Eda, pendakwa raya mempunyai tempoh antara satu hingga empat bulan untuk mengemukakan rayuan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.