Mesti korang pernah dengan pasal bitcoin kan? Pelaburan yang didakwa boleh memberikan keuntungan berlipat-lipat kali ganda kepada pelaburnya.
Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya, ramai yang dah jadi mangsa!
Rugi RM1.3 juta main bitcoin
Dalam laporan Harian Metro hari ini, seorang lelaki terpaksa menjual rumah dan keretanya bagi membayar ganti rugi kepada 60 pelabur lain yang berjumlah RM558,000.
Ini semua terpaksa dilakukan selepas mangsa penipuan pelaburan bitcoin, Dino Amir (39 tahun) mengalami kerugian lebih RM1.3 juta.
Kata Dino, semuanya bermula selepas dia diperkenalkan oleh kenalannya kepada pelaburan tersebut pada Mei 2016.
Dia dijanjikan keuntungan 1 peratus setiap hari daripada jumlah pelaburan bitcoin, so Dino tertarik malah turut menawarkan kepada rakan dan ahli keluarga yang lain.

Bagi tempoh beberapa bulan, saya berjaya mengumpul 60 pelabur lain yang turut sama melabur bagi 200 bitcoin membabitkan pelaburan RM1.3 juta diletakkan dalam 10 akaun.
“Jumlah pelaburan itu membabitkan RM558,000 wang pelabur lain manakala selebihnya iaitu RM800,000 pula pelaburan dibuat saya sendiri,”
Katanya dia menyedari yang dia ditipu selepas akaun bitcoinnya tidak dapat diakses, iaitu beberapa bulan selepas terima keuntungan yang dijanjikan.
“Disebabkan itu, saya terpaksa menjual rumah dan kereta bagi membayar semula wang pelabur kerana desakan mereka yang mahukan wang semula,”
Dino dan pelabur lain kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, terhadap seorang suspek yang dipercayai dalang kepada penipuan tersebut.

Malah ada seorang lagi mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Jacky berkata dia dan 20 lagi ahli keluarganya rugi RM1.28 juta selepas melabur 80 bitcoin untuk sindiket tersebut.
Lebih teruk lagi, apa yang menimpa A Arokianathan, 41 yang berkata dia bukan sahaja rugi RM57,000 malah dia turut kehilangan kerja.
“Saya juga pernah mendapatkan rawatan psikiatri akibat terlalu tertekan susulan pelaburan berkenaan,”