in

“Sampai retak” – Pengasuh Kejam Dera Budak, Netizen Bengang Tak Kena Tahan Sebab Alasan ‘Mental’?

page pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara kita tak lagi mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan ibu bapa yang bekerja dan masih ada anak kecil sudah semestinya akan menghantar anak mereka kepada pengasuh.

Jadi, tak hairan lah kalau pengasuh itu seorang yang baik dan mesra, anak-anak akan lebih rapat dengan mereka dan suka untuk berada di tempat asuhan walaupun berjauhan dengan ibu bapa.


Walau bagaimanapun, isu anak kecil didera oleh pengasuh juga masih lagi membimbangkan orang ramai. Perkara ini boleh dilihat dari video perkongsian yang dibuat di Twitter menerusi akaun @cocoandbrownie.

nenek 1

Difahamkan pengasuh ini menetap di sebuat flat sekitar Taman Utama Gelugor yang terletak bersebelahan dengan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan tindakan kejamnya masih belum diberi tindakan apa-apa.

“Alasan kata pengasuh ni mental”

Menurut pemilik akaun Twitter ini, dia mengatakan bahawa sebelum ini ada juga ibu bapa yang buat laporan namun alasan pengasuh ini tidak boleh ditahan adalah kerana dia mengalami masalah mental.

Hal ini telah menimbulkan rasa marah di kalangan netizen yang rata-rata mahukan pengasuh ini untuk dikenakan tindakan yang sepatutnya kerana ada bayi yang didera sehingga retak tulang tangannya.

“Jaga tapi tiada sifat keibuan lebih baik pulang kan cara baik.” – Netizen

komen full 6

Bukan itu saja, turut ada juga yang mencadangkan agar ibu bapa di luar sana untuk melakukan survey terlebih dulu sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak kepada pengasuh demi keselamatan mereka.

Katanya yang merakam video tu anak tiri pengasuh dan dia pun jadi mangsa dera juga. Allahu, sedih hati min…

Baca: Disyaki Tampar Bayi 8 Bulan Kerana Kerap Muntah, Pengasuh Ditahan Polis

untitled 1 10

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.