in

“Sampai menggigil tangan” – Adik Kecil Teman Ayah Berniaga Buat Netizen ‘Throwback’ Zaman Kanak-Kanak

page adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya ni, masa korang kecil-kecil dulu apa kenangan yang paling susah nak lupa? Haa, mesti tengah senyum sorang-sorang sambil terbayang semua tu… Hehehe…

Boleh dikatakan semua kenangan semasa masih kecil itulah yang membentuk diri kita yang sekarang ni kan? Kadang-kadang disebabkan pengalaman yang diperoleh ketika usia masih muda boleh menjadikan seseorang itu lebih matang.


Baru-baru ini, pemilik akaun Twitter @localrkyt telah memuatnaik satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki difahamkan menemani ayahnya berniaga aiskrim di Padang Umum Kulim, Kedah.

Menerusi video tersebut, kelihatan keadaan cuaca hujan lebat pada lewat petang dan kanak-kanak ini sedang menggigil akibat kesejukan malah keadaannya sampai tertidur juga sempat dirakam.

Difahamkan pemilik akaun ini masih lagi mencari maklumat tentang kanak-kanak tersebut.

Disebabkan perkongsian yang dibuat itu, ramai netizen yang mendoakan agar kanak-kanak tersebut membesar dengan baik dan turut ada yang kongsikan ‘throwback‘ pengalaman masing-masing semasa membantu ibu bapa mereka berniaga.

“Sedihnya… semoga awak membesar menjadi anak yg soleh dan dpt balas jasa ibu ayah awak” – Komen netizen di Twitter

twt full 4

Bukan itu saja, turut ada juga yang menegaskan bahawa pengalaman membantu ibu bapa berniaga ini tidak boleh diganti dengan apa-apa pun harta di dunia tetapi ianya akan menjadi sesuatu yang akan menjadikan seseorang itu lebih kuat terutamanya dari segi emosi dan juga mental.

Min harap kebaikan awak ni diteruskan sampai awak besar ya! Semoga menjadi anak yang berbakti kepada ibu ayah awak okay?

Baca: [VIDEO] Setahun Terpisah Dengan Ayah Kerja Askar, Anak Kecil Mengelak Sebab Tak Cam

untitled 1 9

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.