in

“Sampai masa nanti…” – Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara

Siti Nurhaliza Biduanita Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mendedahkan yang beliau merupakan peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Susulan itu, ramai pihak yang menyarankan agar penyanyi tersebut wajar diberikan gelaran Biduanita Negara dan cadangan itu juga telah mendapat perhatian Fahmi Fadzil untuk meneliti perkara terbabit.


Bercakap mengenai perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.

Artikel berkaitan: “Siti Nurhaliza next?” – Rupanya Hanya 4 Penyanyi Ni Je Pernah Terima Gelaran Biduan Negara Dalam Sejarah

Katanya, tujuan dia berkecimpung dalam bidang seni sebagai penyanyi selama 28 tahun, bukanlah untuk memburu penghargaan atau pengiktirafan, sebaliknya kerana minat dan mahu menghiburkan penggemarnya.

“Tak perlulah saya mengharap sangat (gelaran biduanita). Sebab kerja-kerja yang saya lakukan sekarang (menyanyi), memang saya buat sebab minat.

“Saya suka melihat peminat-peminat saya gembira. Saya tidak pernah fikir, kalau buat sesuatu itu kerana mengharapkan penghargaan,” katanya.

Namun bagi Siti, jika sudah tertulis rezekinya untuk diberikan gelaran tersohor itu, sampai masa nanti dia akan diberikan juga gelaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Dalam satu masa, saya cuma boleh kata alhamdulillah. Tapi pada masa sama juga, perkara ini bila nak jadi (rezeki), sampai masa nanti akan dapat juga.

“Namun apa yang penting, hati saya akan lagi gembira jika dapat terus menghiburkan peminat-peminat saya. Saya sangat senang jika dapat menghiburkan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara buat masa ini hanya diberikan kepada dia penyanyi sahaja iaitu Allahyarhaman Puan Seri Saloma dan Allahyarhaman Datuk Sharifah Aini.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.