Bulan puasa atau bulan Ramadan ini ialah bulan di mana umat Islam mengejar untuk melakukan kebaikan serta melipat kali gandakan ibadah.
Terbaru, seorang guru berkongsi di TikTok di mana dia telah mengajak beberapa orang muridnya untuk berbuka puasa di rumahnya serta menyediakan juadah yang lengkap untuk pelajar-pelajarnya itu.
Artikel berkaitan: “Sepatutnya buat harini, tapi dia siap dah” – Murid Dipuji Guru, Siapkan Kerja Sekolah Lebih Daripada Yang Disuruh
Artikel berkaitan: “Jarang cikgu yang perform” – Sketsa Guru Dalam Minggu Kesedaran Buli Di Sekolah Ni Cuit Hati Netizen
@cikgupaan92 update : Saya tak bujang. Ada isteri & 2 anak 😄 . Cikgu, bila nak ajak kami berbuka di rumah cikgu (2023)? Okay baik (2024) ✅
Lebih menarik perhatian, guru yang dikenali sebagai Cikgu Paan itu juga turut mengajak beberapa orang murid lelaki itu bermalam di rumahnya serta bersahur bersama-sama.
Mereka juga dilihat pergi ke masjid bersama-sama serta menonton tv sebelum mereka tidur beramai-ramai di hadapan televisyen.
“Mesti dorang akan ingat ni sampai bila-bila”
Rata-rata netizen memuji tindakan guru tersebut serta ‘cemburu’ dengan murid-murid tersebut kerana mempunyai guru yang sangat hebat.
Tidak kurang juga, ramai yang berseloroh dan bertanya bagaimana mereka boleh dapatkan guru sebaik itu.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat lebih 1 juta likes serta lebih 3K komen.
Comelnya! Best tau dapat cikgu macam ni!
Sumber: TikTok