in

“Sampai bersilat!”- Netizen Tak Kering Gusi Tengok Gelagat Family Ni Minta Duit Raya

Silat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa pengalaman paling korang ingat time kutip duit raya selain tuan rumah bagi duit seringgit? Kalau admin, paling ingat dulu kena baca doa lepas azan. Dah macam nak nikah pulak tanya soalan susah.

Yang kali ni kami nak share confirm akan buat korang tak kering gusi tengok gelagat nak amik duit raya ni. Syaratnya mudah, kena bersilat dulu baru dapat duit. Cuba korang tengok video yang dikongsi oleh @mynameismegud di Twitter miliknya. Confirm gelak pecah habis!


Nak bersilat ke nak jadi raver?

Usaha yang baik oleh tuan rumah untuk memupuk warisan bangsa kepada anak muda dan tepukan juga harus diberikan kepada dorang yang menyahut cabaran dengan jayanya itu. Sanggup buat apa saja demi duit raya. Tahniah anak muda!

Screen Shot 2019 06 15 At 3.28.06 PmMacam nak menebang lalang, macam raver, macam sotong, macam Doctor Strange dan macam-macam gaya lagi lah. Memang betul-betul punya silat freestyle.

Screen Shot 2019 06 15 At 3.28.23 PmYang baju putih memang betul-betul dia buat tu. Dah lah orang yang first, memang bersungguh nak tunjuk dia punya skill tu. Buat lah apa style pun janji dapat habuan duit raya. 

Screen Shot 2019 06 15 At 3.28.35 PmNi mesti pengaruh cerita Pendekar Bujang Lapok. ‘Aku masuk aku masuk’ tapi gaya je lebih. Takpa menang gaya dan dapat hadiah duit raya. 

Screen Shot 2019 06 15 At 3.28.51 PmPart yang tinggal sehelai last tu memang lawak gila. Semua terus nak tunjuk skill masing-masing. Nasib baik tak berebut sampai bertumbuk. Kalau tak dah jadi tragedi sebab duit raya punya pasal. 

D8Dsbk5Uyayhom5.Jpg LargeOh ni ke muka-muka yang bersilat tu. Time umur-umur macam ni best sebab tak too childish dan tak terlampau serius. Lagi-lagi dapat yang memang jenis sekepala. Memang meriah lah!

Itulah makna sebenar hari raya selain kita meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa. Gathering dengan extended family dan yang paling penting semua have fun dan saling mengeratkan silaturahim. 

 

Baca: “Makcik tak reti bersyukur ke?” –  Netizen Kecam Wanita Ni Sebab Pertikai Duit Raya Pemberian Anak Saudaranya

Screen Shot 2019 06 15 At 3.58.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.