Umum mengetahui bahawa pelakon Nora Danish sudah bercerai dengan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, dan telah bergelar isteri kepada Mohamad Nedim Nazri. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dia masih mempunyai hubungan yang baik bersama bekas suaminya itu.
Nora telah menerima pujian netizen apabila disifatkan sebagai seorang ibu yang baik setelah memuat naik beberapa buah foto anak sulungnya, Rayqal yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-14 itu bersama Jejai.
https://www.instagram.com/p/Cm_WTGJy6u2/
Menurut Nora, sambutan hari jadi itu terpaksa dibuat lebih awal kerana Rayqal perlu pulang ke asrama menyambung sesi persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar, Mantin, Negeri Sembilan.
“Sambutan awal hari lahir untuk anak kami yang berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah.”
“Sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tak percaya bahawa Rayqal akan mencecah umur 14 tahun dalam masa tiga hari lagi,” katanya.
Perkongsian itu sekali gus membuatkan pengikutnya rasa begitu senang apabila melihat dirinya masih lagi professional dengan bekas suami untuk membesarkan anak mereka.
“Love tengok family gathering” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Nora dan ada juga warganet yang sempat menitipkan doa dan ucapan buat ulang tahun kelahiran Rayqal.
Haaa macamni kan elokk!
Baca : “Nasib baik suami macam ‘whatever lah’” – Sering Ditegur ‘Seksi’, Ini Jawapan Nora Danish…