in

Sama Seperti Tokyo, Katil ‘Anti-Maksiat’ Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024

Ft Katil Kadboard

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, pihak penganjur baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menggunakan katil ‘anti-maksiat’ di perkampungan sukan yang mana bahan dan saiznya yang kecil bertujuan untuk mengelakkan atlet melakukan aktiviti ranjang.

Menurut laporan New York Post, katil yang dikeluarkan oleh syarikat Airweave itu merupakan syarikat yang sama mengeluarkan katil yang sama digunakan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Katil yang diperbuat dari kadbod berkenaan tidak mampu menampung berat dua orang dalam waktu yang sama dan ia direka khas untuk ‘runtuh’ sekiranya ia menerima lebih daripada had berat yang dibenarkan.

News Paris2024 Bed

Selain itu, ia juga dibuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula, sejajar dengan mesej kuat acara berkenaan yang mahu menjaga kelestarian alam sekitar.

Menurut pengarah kecemerlangan alam sekitar jawatankuasa penganjur, Georgina Grenon, beliau berharap usaha Paris 2024 ini akan menunjukkan inisiatif yang lebih mesra alam.

Artikel berkaitan : “We love your outfits Malaysia” – Busana Kontinjen Negara Di Acara Pembukaan Paralimpik Tokyo 2020 Jadi Tumpuan

Artikel berkaitan : “Cuma nak tunjuk katil tu kukuh” – Team Israel Teruk Dikecam Lepas Video Viral ‘Robohkan’ Katil Kadbod Olimpik

Dalam masa yang sama, saiz katil ‘anti-maksiat’ berkenaan bertujuan untuk elakkan atlet daripada terlalu selesa, sekali gus mengurangkan kemungkinan aktiviti seksual di Perkampungan Olimpik.

Paris2024

Terdahulu, ada beberapa laporan dan cerita mengenai aktiviti ranjang yang dilakukan oleh atlet di Perkampungan Olimpik dengan seorang atlet tanpa nama mendedahkan bahawa mereka menjalinkan hubungan rakan sepasukan berlainan jantina.

Selain itu, seorang pemenang pingat emas dua kali USA mendedahkan pernah melihat aktiviti seksual yang berlaku di tempat awam di perkampungan sukan.

Sumber : New York Post

Sumber: Airweave
Sumber: Corruga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.